Archive for December, 2008

December 11, 2008 Categorized under TANYA HASNUDDIN

TANYA HASNUDDIN

SOALAN:
Saya berminat untuk tahu, selalunya bagi seorang wedding photographer untuk setiap sesi shooting berapa banyakkah selalunya gambar akhir yg akan dihantar kepada client? Bagaimana pula dgn saiz gambar tersebut?
Terima kasih.

Syakir Zainol
http://www.flickr.com/syakirzainol

JAWAPAN:
Berapa banyak gambar dan saiz apa yang perlu diberi kepada pelanggan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh jurugambar. Namun, antara pakej (jumlah dan saiz gambar) yang boleh ditawarkan ialah:

  1.  1 album storyboard 20 mukasurat yang mengandungi sekitar 80 keping gambar. Kesemua imej dalam format JPEG diberikan kepada pelanggan dalam CD/DVD
  2. 1 album poket yang mengandungi 300 keping gambar bersaiz 4R. Kesemua imej dalam format JPEG diberikan kepada pelanggan dalam CD/DVD

Anda boleh tentukan sendiri berapa banyak gambar dan saiz apa yang ingin anda berikan kepada pelanggan. Ini bergantung kepada harga yang ditawarkan. Pastikan pakej anda menarik (bergantung kepada jenis pelanggan) dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

- Hasnuddin

Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di –
http://fototeacher.com/blog/?page_id=4

December 10, 2008 Categorized under Tips

Autofokus Makro

 Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Boleh kata kesemua gambar makro saya diambil menggunakan auto focus. Namun ada beberapa jurugambar yang lebih cenderung kepada penggunaan manual focus, mungkin kerana masalah “lens hunting.” Masalah bila menggunakan manual focus ialah kita perlukan cahaya yang secukupnya untuk membuat pertimbangan yang tepat dan perlu menggunakan dua tangan. Ada juga yang lock focus pada nisbah pembesaran yang tertentu dan merapatkan kamera perlahan-lahan ke arah subjek.

Bagi lens yang mempunyai focus limiter seperti Sigma EX 70mm f2.8, masalah hunting dapat dikurangkan. Ini kerana lensa sebegini memberi had fokus misalan antara 1:1 ke 1:5 atau 1:5 ke infinity. Masalah juga timbul bila titik AF tidak dapat dikenal pasti oleh kamera, oleh itu lebih mudah menggunakan cuma 1 titik AF.  Biasanya saya cuma menggunakan titik AF tengah yang mempunyai cross sensor paling peka.

Becakap tentang sensor AF, ada 2 jenis: 1-dimensi (vertikal atau horizontal) dan cross (gabungan vertikal dan horizontal). Cross sensor adalah yang paling peka dan biasanya cuma ada satu dalam kebanyakan model peringkat bawahan. Lebih peka ialah twin cross sensor yang mana ada 2 cross sensor untuk satu titik AF. Kamera seperti ini boleh membaca autofocus dalam cahaya malap hingga ke tahap -2EV.

Oleh kerana sifat titik AF lebih peka apabila ditujukan pada garis vertikal atau horizontal, maka lebih mudah jika titik tersebut ditalakan pada permukaan yang ada kontras texture. Ini akan memberi autofocus yang lebih laju dan tepat serta kurang risiko hunting. Penggunaan aperture yang luas juga turut membantu untuk mendapatkan cahaya yang lebih. Di sini penggunaan lens fly-by-wire (tanpa bergantung sepenuhnya pada aperture ring) akan memberikan kelebihan.

 Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)

December 9, 2008 Categorized under Photo Improvement

ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

 dayatweb.jpg

Gambar ini diambil semasa kawan baik hidayat tengah shoot gambar pelajar bagi acara sukan sekolah 4x100m. Tolong betulkan mana yang tak kena dengan gambar ini.
lensa: 70 – 300mm
Manual Exposure Mode
ISO 400

MOHD MAZLAN BIN YUSOFF
www.mazlan02.blogspot.com

Jika anda ingin gambar anda disiarkan di sini dan diberikan komen, sila hantarkan melalui segmen ONLINE PHOTO IMPROVEMENT. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131

Harap rakan-rakan boleh berikan komen di bawah:

December 8, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Unofficial AFD Report

afdfromazlieda.jpg
Foto dari – http://azlieda-4eva.fotopages.com/

Ni saya terjumpa kompilasi gambar dari salah seorang peserta Kursus AFD baru-baru ini. Untuk lihat gambar-gambar lain bersaiz besar dan komen dari penulis blog, sila ke -  http://azlieda-4eva.fotopages.com/

December 7, 2008 Categorized under Personal

Kamera Murah dan RM1 Juta

 kameraf80inarow.jpg
Dari Kiri – Flash Nikon SB 26, Lensa Nikkor 28-105mm f/3.3-4.5 dan Kamera filem Nikon F80.

Peralatan di atas memberikan nostalgia yang penting dalam hidup saya.
Walaupun dah lama dan ketinggalan zaman, saya masih simpan peralatan
ini dengan baik. Menambahkan ‘sayang’ saya pada setiap satu peralatan
ini ialah kerana saya membelinya pada satu ketika dulu dengan wang
yang begitu terasa besar nilainya buat saya.

Flash tu dah berusia 13 tahun. Saya beli ketika masih lagi belajar di
UiTM. Saya beli hasil dari wang yang dikumpul beberapa bulan hasil
dari kerja-kerja fotografi sambilan yang dibuat. Harganya pada waktu
itu RM850, terasa cukup besar bagai menggigil nak membayar.

Lens tu pulak dibeli 2nd hand pada tahun 2001. Waktu tu duit
cukup-cukup untuk bayar harga lens. Wang RM800 yang dikeluarkan tidak
meninggalkan baki dalam dompet. Tapi hati tetap senang bila dapat
bawak balik lens baru.

Kamera F80 ini saya beli dengan harga RM1,600 ketika mula-mula
menubuhkan Adan Impresif pada tahun 2001. Di waktu itu, jurugambar
perkahwinan yang lain dah ramai menggunakan kamera yang lebih gah
seperti F90 dan F100. Saya terpaksa berpuas hati dengan kamera F80
yang bertaraf kamera amateur ini – janji boleh buat kerja.

Dengan keseluruhan peralatan yang berharga RM3,250.00, saya mendirikan
Adan Impresif. Sedar tak sedar, berpunca dari kamera buruk inilah yang
telah membuahkan berbagai keuntungan dalam perniagaan saya sekarang.
Bak kata pepatah, perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah
pertama.

Ada apa dengan modal wang? Kita ada masa 24 jam sehari, kita
masing-masing dianugerahkan dengan bakat yang unik. Gunakan apa saja
yang ada. Jangan complaint dengan apa yang kita tidak ada. Saya masih
ingat, Tan Sri Halim Mohammad (Pemilik Halim Mazmin, salah seorang
multi jutawan Malaysia) pernah berkata kepada saya, “Orang kita
berniaga tak banyak modal wang. Tapi kita ada modal kemahiran dan
masa. Gunakan ini habis-habisan. Cuma ini yang kita ada”

Tidak keterlaluan jika saya katakan, kamera ini telah membantu saya
membuat lebih dari RM1 juta ringgit untuk Adan Impresif. Saya tak kata
saya jutawan sebab saya tidak ada RM1 juta dalam bank sekarang. Tapi,
jutaan ringgit telah dibuat dalam tempoh 7 tahun walaupun
kebanyakannya telah hangus membayar sewa, gaji, stok dan sebagainya.

Tanpa bapak, tak ada anak. Tanpa kamera murah, tak ada kamera mahal.
Walaupun kamera buruk saya ni dah tak digunakan sekarang, rasanya tak
patutlah ianya dijual. Biarlah disimpan saja sebagai lambang permulaan
yang kerdil.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Hakcipta Terpelihara fototeacher.com 2008

Add me into your facebook – Hasnuddin Abu Samah
facebookhasnuddin.jpg

December 6, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

REUNION fototeacher.com

reunionposter440.jpgshahvillage.jpg

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!

REUNION fototeacher.com
Khas untuk bekas peserta AFD, BPF dan KPFP sahaja.
10 Januari 2009

Aktiviti santai untuk bekas peserta kursus fototeacher.com bagi mengeratkan jaringan hubungan, memperbaiki kemahiran fotografi dan aktiviti merakam gambar model. 

Tempat terhad kepada 30 orang peserta terawal sahaja
Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/reunion.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

December 4, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Salah Satu Program Fotografi Terpenting Tahun 2009 – fotoinspirasi

posterfotoinspirasi4.jpg

Seperti yang dijanjikan, kini program fotoinspirasi secara rasminya telah dibuka untuk pendaftaran.

Apa itu fotoinspirasi?

fotoinspirasi adalah sebuah program photo talk istimewa yang akan membariskan 4 orang jurugambar tersohor tanahair
dari 4 cabang fotografi yang utama. Jurugambar yang dimaksudkan ialah Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography), Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism) dan Ikram Ismail (Wedding Photography). Selain dari photo talk, program ini akan turut diisi dengan demonstrasi teknik fotografi oleh jurugambar profesional dan diikuti dengan sesi soal jawab dimana anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan terus dari pakar dalam bidang masing-masing.

fotoinspirasi seperti tajuknya, bakal memberikan inspirasi kepada para peserta ke arah menjadi jurugambar sejati yang berjaya. Peserta juga akan mendapat berbagai panduan, motivasi dan tips dari 4 orang panel profesional ini.

Tidak setakat itu, peserta juga berpeluang berjumpa secara berdepan dengan 4 orang ikon fotografi ini disamping dapat
membina jaringan kenalan, baik untuk tujuan sosial, kerjaya mahupun perniagaan dengan peserta lain yang hadir.

Kesempatan untuk belajar dari keempat-empat jurugambar ini adalah satu peluang yang amat berharga. Program istimewa sebegini tidak mungkin diadakan selalu. Jika anda ingin membawa fotografi anda ke tahap yang lebih jauh, anda mesti hadiri program ini! Sila buat pendaftaran segera kerana tempat terhad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang telah membuat bayaran penuh sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila ke – http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

fotoinspirasi dibawakan khas untuk anda oleh fototeacher.com

December 4, 2008 Categorized under Gambar

Nabila Huda – Majlis Persandingan

Majlis Persandingan Nabila & Zaidi telah dilangsungkan di Pusat Komuniti Bukit Damansara pada 2 Disember 2008. Majlis indah dengan sentuhan dekorasi oleh Pak Abu itu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai artis-artis terkenal tanahair. Amy Search, bapa pengantin perempuan, dalam ucapannya dalam majlis itu tidak dapat menahan sebak untuk ‘melepaskan’ anak perempuan kesayangannya itu.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah. Add me to your facebook – Hasnuddin Abu Samah
Adan Cameraworks, Official Photographer – Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.

Nantikan cerita pengalaman saya merakam gambar Majlis Perkahwinan Nabila & Zaidi dalam entry ‘Behind The Scene’

December 3, 2008 Categorized under Gambar

Nabila Huda – Majlis Akad Nikah

Majlis Akad Nikah Nabila Huda telah selamat diadakan di Masjid Wilayah pada 2 Disember 2009 (Selasa). Tarikh ini dipilih kerana hari ini juga merupakan hari lahir Nabila. Pengantin Lelaki (Zaidi) dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi rock lagenda – Amy Search.

Semua gambar dirakam oleh Hasnuddin Abu Samah. Add me to your facebook – Hasnuddin Abu Samah
Adan Cameraworks, Official Photographer – Majlis Perkahwinan Nabila dan Zaidi
Semua hakcipta terpelihara Adan Cameraworks 2008.