Archive for December, 2008

December 31, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Din Arshad @ Work (FOTOINSPIRASI)


Video hakcipta Din Arshad

Din Arshad akan bersama kita dalam FOTOINSPIRASI dan akan membincangkan tajuk berikut:

Persembahan gambar terbaik (slide show), disusuli dengan komen jurugambar terhadap aspek teknikal, artistik dan cabaran dalam penghasilan gambar tersebut.

Pengenalan ringkas kepada fotografi pengiklanan dan komersial. Ciri-ciri gambar dan jurugambar pengiklanan. Tentang pasaran dan bagaimana langkah untuk menembusi pasaran yang dikatakan terkawal ini.

Bicara peralatan fotografi dan teknikal. Jurugambar akan mendedahkan peralatan kamera dan aksesori penting yang sering beliau gunakan dalam fotografi pengiklanan. Salah satu rahsia jurugambar yang jarang-jarang didedahkan.

Din Arshad akan berkongsi teknik berkomunikasi khas untuk jurugambar. Bagaimana menyampaikan idea kita kepada subjek dan pengarah seni, cara meyakinkan pelanggan baru, cara menangani konflik, cara ‘menyembunyikan’ masalah teknikal dan cara mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan sebagainya. Dalam kerjayanya, Din Arshad telah hidup dengan kemahiran komunikasi ini, berurusan dengan art director yang cerewet, CEO syarikat gergasi yang bengis dan pelanggan antarabangsa yang sentiasa ragu kepada jurugambar tempatan.

Melalui pengalamannya selama lebih dari 20 tahun dalam fotografi, melalui zaman analog dan digital, Din Arshad akan menjelaskan kepada anda, erti sebenar fotografi dari sudut seni dan falsafahnya. Beliau akan menjelaskan, apakah sebenarnya foto yang baik. Bagaimana cara untuk melatih diri melihat dunia dari sudut fotografi dan bagaimana cara menjadi seorang jurugambar sejati.

Jurugambar pengiklanan sememangnya mempunyai kemahiran luar biasa dalam aspek komposisi dan konsep. Din Arshad akan memberi kefahaman kepada anda tentang ilmu komposisi yang mampu membuatkan setiap pixel gambar anda kuat dan mampu menyampaikan mesej dengan jelas. Din Arshad akan mendedahkan falsafah disebalik membuat gambar (make picture), bukan sekadar merakam gambar (take picture)

Sesi soal jawab bersama Din Arshad

3 orang jurugambar elit yang lain akan turut bersama dalam FOTOINSPIRASI, iaitu Bustamam Mokhtar, Shamshahrin Shamsudin dan Ikram Ismail. Buat pendaftaran segera untuk melayakkan anda mendapat harga diskaun early bird sekiranya bayaran dijelaskan sebelum 10 Januari 2009. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari - http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

December 30, 2008 Categorized under Review

Kamera DSLR Di Bawah RM3,000

Artikel oleh: Kirosaki

Ini adalah ‘verdict’ yang dipetik daripada “Digital Camera Megazine” isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999.

Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.

Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media (www.my-dcm.com), FotoTakLaku (www.fototaklaku.blogspot.com) dan photozone (www.photozone.de).

Artikel oleh: Kirosaki

December 29, 2008 Categorized under Report AFD

REPORT – Kursus Asas Fotografi Digital (16-17 Disember 2008)

Kursus kali ini telah selamat dijalankan dengan disertai oleh 21 orang peserta individu dan dari jabatan kerajaan. Hasnuddin selaku jurulatih utama telah dibantu oleh Aminorazmi sebagai pembantu jurulatih dan Ally sebagai urusetia.

Kursus Asas Fotografi Digital seterusnya akan diadakan pada 21-22 Februari 2009. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com

amn_4609.jpg

amn_4658.jpg

amn_4679.jpg

afd16-17dis08groupphotoresized.jpg
Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital. Untuk muat turun gambar bersaiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/AFD1617Dis08GroupPhotoForDownload.jpg

December 28, 2008 Categorized under Relaks

Gambar Kreatif Dan Kelakar

Kita relaks sekejap. Kita tengok gambar-gambar di bawah ni:

creativeness-in-photography1.jpg

creativeness-in-photography7.jpg

creativeness-in-photography2.jpg

creativeness-in-photography3.jpg

creativeness-in-photography4.jpg

creativeness-in-photography5.jpg

creativeness-in-photography8.jpg

December 26, 2008 Categorized under Tips

Tips Membeli Kamera Digital

Tips Membeli Kamera Digital

Artikel Oleh: Ijam
Disunting oleh: Hasnuddin Abu Samah

Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri?
Saya pasti tentu anda agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit!

Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu pertimbangkan ialah:

Jangka hayat bateri/sel
Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau pendek.

Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga 16 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak).

Lensa Zoom
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!

Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control)
Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Kawalan Pengguna (User Controls)
Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli – cuba dengan butang-butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.

Kesimpulan
Akhir sekali saya berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kamera digital. Pada pandangan saya, jika anda masih baru dalam fotografi digital, tidak semestinya anda membeli kamera digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah adalah lebih baik.
Belajar, berlatih dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih!

Terima kasih.

Artikel oleh: Ijam
http://www.noorizamsabran.com
http://www.ufo.my/newsite

December 25, 2008 Categorized under Report BAP

Report – Bengkel Asas Photoshop (14 Disember 2008)

Bengkel Asas Photoshop (BAP) kali yang pertama anjuran fototeacher ini telah dijalankan dengan jayanya pada 14 Disember lepas. Seramai 18 orang peserta telah menghadirkan diri. Latihan telah disampaikan oleh saudara Affandi dan Aminorazmi serta dibantu oleh Hasnuddin, Jaggat dan Ally.

din_3986.JPG

din_3998.JPG

din_4017.JPG

bap14dis08groupresized.jpg
Gambar para peserta Bengkel Asas Photoshop. Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/BAP14Dis08GroupLarge.jpg


VIDEO SEMASA BENGKEL ASAS PHOTOSHOP

December 24, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

fotoinspirasi – Apa kata penggiat fotografi?

posterfotoinspirasi4.jpg

Apa kata penggiat fotografi mengenai program fotoinspirasi?

“Apa tunggu lagi? Ini adalah satu titik mula yang membawa anda peluang melangkah ke arah fotografi berwawasan. Program seperti ini adalah yang pertama kalinya diadakan dan terunggul di Malaysia.”
Haji Shahirman Sahalan,
Pensyarah Fotografi, Jabatan Fotografi,
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
UiTM Shah Alam.
(Diploma In Fotografi UiTM, Degree In Photography & Creative Imaging, UiTM
Masters In Visual Communications, UiTM)

“Proses pembelajaran adalah satu proses yang tiada penghujung, tidak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Program seperti ini amat baik untuk jurugambar baru yang ingin bergerak lebih jauh dalam bidang seni fotografi. Idea dan hasil kerja jurugambar profesional boleh mengilhamkan idea segar kepada jurugambar lain, terutamanya jurugambar baru.”
Mohd Kaharuddin Ab Samad
Chief Photographer
Berita Publishing Sdn Bhd

“Kini tiba masanya untuk penggiat dan pencinta bidang fotografi untuk sama-sama mendengar serta menghayati kerjaya empat jurugambar yang bukan hanya tersohor tetapi terbukti kehebatan masing-masing di Malaysia dan serata dunia. Mereka ini bukan hanya 2 atau 3 tahun berkecimpung di dalam industri tetapi mereka telah melalui pelbagai cabaran sebagai jurugambar lebih dari 10 tahun. Maka sangat wajarlah untuk kita semua ke fotoinspirasi untuk menimba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman dari the real photographer”.
Nazura Rahime
Pengasas/Pengarah
Manggis Production Sdn Bhd.
Fuji FDI-Manggis Fotografik
AP Art Gallery
http://manggis.tv/

“Dalam bidang fotografi, proses pembelajaran akan berlaku setiap hari. Kita akan belajar teknik-teknik baru ataupun mendapat inspirasi dengan belajar dengan orang lain. Sekiranya seseorang jurugambar berhenti belajar ataupun berasa pengetahuan yang sedia ada adalah segala-galanya, sesungguhnya mereka sangat silap. Sudah pasti akan ketinggalan. Program seumpama ini perlu dihadiri dan dihayati untuk perkembangan yang positif dalam bidang fotografi.”
Azli Yusof,
Kordinator/Pensyarah,
Fakulti Seni Inovasi,
Universiti Limkokwing.

Daftarkan diri anda ke fotoinspirasi sekarang! Dapatkan diskaun Early Bird untuk bayaran sebelum 10 Januari 2009. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

December 23, 2008 Categorized under Review

Alternatif kepada Adobe Photoshop

 Oleh: Chot untuk fototeacher.com

Anda bermasalah untuk mendapatkan perisian Adobe Photoshop? Kini anda jangan bimbang kerana satu laman website yg dikenali Sumo telah membangunkan perisian ‘clone photoshop’ secara online! kini anda boleh meng ‘edit’ gambar anda dimana-mana seperti di Kafe ber internet (cyber cafe), pejabat dan dimana sahaja.

Laman web SUMO – http://www.sumo.fi/products/sumopaint/index.php?id=0

sumo1.jpg

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

December 20, 2008 Categorized under Tips

Tips Mencari Subjek Makro.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Sebelum memulakan macro safari, saya akan memilih apakah subjek yang ingin saya buru. Ini akan membantu saya untuk meneliti kawasan habitat subjek tersebut dan gerak-laku tabiinya. Sebagai contoh, jika saya ingin mencari pepatung, saya akan ke kawasan kolam yang ada banyak rumput tinggi. Jika ingin mencari lebah, saya akan ke kawasan yang ada banyak bunga.

Waktu yang sesuai untuk mencari serangga atau labah-labah ialah di awal pagi atau petang. Ini kerana di kala hari masih sejuk, makhluk sebegini akan memburu di kawasan lapang dan memudahkan kita mencarinya. Kalau hari sudah panas, dia akan berteduh di bawah daun atau tempat yang redup. Tempat yang dilindungi oleh kanopi pokok besar biasanya turut menarik banyak serangga.

Cari kawasan yang tidak jauh dari sumber air. Di sini akan ada banyak serangga terbang seperti pepatung dan rama-rama. Labah-labah juga banyak kerana terdapat makanan yang mencukupi seperti nyamuk dan lalat. Pokok bunga juga menarik serangga penghisap nectar dan pemangsanya seperti mentadak. Rumpun yang berdaun adalah habitat bagi pebagai perayap seperti kumbang dan jumping spider.

Jika anda ke taman bunga, ada kemungkinan kawasan tersebut pernah disembur dengan racun serangga. Lakukan tinjauan untuk mengetahui jika tempat tersebut terlalu sukar untuk menjumpai subjek. Biasanya tanda yang kawasan tersebut “subur” ialah dengan adanya seranga penghisap nektar di bunga-bungaan dan tinggalan benang labah-labah di antara ranting pokok.

Kawasan ekosistem yang terpecil seperti taman bunga di tengah bandar kemungkinan tidak mempunyai banyak subjek. Ini kerana aktiviti fogging akan membunuh banyak serangga dan jaraknya yang jauh daripada ekosistem utama akan menyukarkan kemasukan populasi baru. Biasanya saya akan ke kawasan yang tidak jauh daripada hutan dengan harapan dapat menjumpai species yang baru.

001.jpg

002.jpg

004.jpg

005.jpg

006.jpg
Semua gambar adalah hakcipta Amir Ridhwan

Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)

December 17, 2008 Categorized under Review

Lens Bag

blag-boda-bags.jpg
http://www.goboda.com/

shootsac-closeup.jpg
http://www.shootsac.com/

Apa itu lens bag? Lens bag dicipta khas untuk membawa lens ketika anda merakam gambar. Kamera tidak sesuai dimasukkan dan dibawa dalam beg jenis ini. Beg jenis ini bersaiz kompak, ringan dan memudahkan pergerakan anda.

Lens bag ini amat sesuai digunakan oleh jurugambar perkahwinan dan jurugambar acara rasmi dimana jurugambar sentiasa bergerak cepat. Dengan menyandang beg yang kompak ini, anda boleh menyelit dan mencelah melalui orang ramai dengan lebih mudah. Beg ini juga direka sedemikian rupa bagi membolehkan anda untuk menukar lensa pada bila-bila masa dengan pantas.

Rekaan beg ini juga nampak sesuai dengan sebarang pakaian, walaupun dikenakan dengan pakaian formal seperti baju melayu atau kot.

Ketika artikel ini ditulis, beg jenis ini masih belum boleh didapati di Malaysia. Jika anda berminat, anda perlu membelinya melalui internet dari penjual antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://www.goboda.com/  dan http://www.shootsac.com/

- Hasnuddin

December 16, 2008 Categorized under Fikiran

Kamera Impresif

Kamera Impresif
Oleh Hasnuddin untuk fototeacher.com

Ada orang yang terpaksa berhutang sebab nak beli kamera mahal, kononnya nak impress orang lain. Saya rasa, orang yang akan impressed dengan kamera mahal tu ialah dia sendiri jugak…

Client selalunya takkan impressed sangat dengan kamera mahal. Diaorang lebih impressed kalau kita bekerja dengan gaya yang beretika, penampilan yang segak dan komunikasi yang beradab. Paling utama, pelanggan lebih pentingkan hasil gambar yang cantik. Kalau pelanggan dah dapat gambar cantik, dia takkan tanya dah apa kamera awak pakai, atau berapa harga kamera awak. Tapi, kalau pelanggan tanya sekalipun, “Berapa harga kamera awak?” Anda boleh menjawab dengan bangganya, “Saya beli kamera 2nd hand aje ni, model 3 tahun lepas, harga RM1,000 je…” Lalu, pelanggan akan ternganga sebab gambar anda power, walaupun pakai kamera murah. Amacam?

Photographer otai pun tak pandang kamera mahal. Photographer otai tak pernah kutuk kamera apa yang diguna oleh seseorang jurugambar lain. Tapi, kalau seseorang mamat yang pegang kamera dan buat aksi pelik gaya tak macam photographer, memang akan ada beberapa kritikan dilemparkan. Sebaliknya, photographer otai lagi tabik dengan photographer yang pakai kamera murah tapi boleh bereskan kerja dengan kualiti tip top.

Artikel ni ditujukan kepada orang yang tak berapa ada duit yang risau tak mampu beli kamera mahal. Jadi, lepas baca artikel ni, jangan risau lagi. Tapi, kepada anda yang ada banyak duit, belilah barang kamera banyak-banyak sebulan sekali, supaya berlaku proses kitaran wang dengan lebih pesat lantas menjadikan ekonomi dunia pulih dengan lebih cepat.

Ingin dapatkan artikel-artikel fotografi secara percuma dan dihantar terus kepada e-mel anda? Sila langgan newsletter percuma kami di – http://fototeacher.com/subscribe.htm

Add me into your facebook – Hasnuddin Abu Samah
facebookhasnuddin.jpg
Last Call!
Kursus Asas Videografi akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad  ini (20-21 Disember 2008). Sila hubungi Encik Zaly untuk harga diskaun khas. Tel: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/videography.htm

December 15, 2008 Categorized under Tips

Email dari USA.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Ketika menulis artikel yang sebelum ini, saya terpandang satu email yang tiba minggu lepas tetapi belum lagi dibaca. Oleh kerana nama pengirim tersebut ialah nama mat saleh dan subjek hanya ditulis “Greetings”, saya fikir mungkin ini adalah emal scam ala Nigeria yang kata kononnya nak kasi duit USD20 juta. Namun begitu, apa yang menarik ialah nama pengirim tersebut serupa dengan nama seorang saintis labah-labah USA terkenal yang pernah dipaparkan di Animal Planet dan NGC. Memang betul dia pun.

Saintis tersebut menulis kepada saya untuk memohon keizinan menggunakan beberapa gambar labah-labah saya untuk kajiannya. Beliau sedang membuat kajian tentang 2 genus labah-labah Malaysia namun tidak mempunyai foto yang menggambarkan makhluk tersebut di habitat asal. Kebanyakan gambar miliknya diambil di dalam makmal. Daripada beliau saya dapat belajar sedikit sebanyak tentang perangai labah-labah yang tidak tercatit dalam buku atau artikel di internet.

Sebenarnya beliau menjumpai saya melalui gambar yang saya paparkan di laman web flickr. Kemungkinan besar gambar tersebut dijumpai menerusi kata kunci (tag) yang saya gunakan. Kebiasaannya saya akan menggunakan tag yang spesifik seperti nama genus, species dan lokasi gambar itu diambil. Ketelitian dalam penggunaan tag semestinya membantu untuk mendedahkan karya anda kepada dunia.

Gambar di bawah ini adalah gambar yang saya maksudkan:

4a.jpg

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)

Last Call!
Kursus Asas Videografi akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini (20-21 Disember 2008). Sila hubungi Encik Zaly untuk harga diskaun khas. Tel: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/videography.htm

December 14, 2008 Categorized under Tips

Aperture Terbaik Untuk Makro

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Ketika dalam satu aktiviti perkhemahan fotografi tidak lama dahulu, saya dijemput untuk memberikan taklimat tentang fotografi makro. Kerana agak sibuk pada minggu sebelumnya, saya tidak membuat persiapan yang lengkap untuk taklimat tersebut dan hasilnya ialah penyampaian saya kurang baik. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan, tetapi terlepas dan antaranya ialah berkenaan aperture dalam makro.

Ini adalah antara soalan yang paling kerap saya terima. Bagi jurugambar amatur yang baru menceburkan diri dalam makro, mungkin ini adalah persoalan yang paling mengelirukan kerana terdapat banyak jawapan yang berbeza-beza. Mungkin juga kerana sukar untuk mengambil makro menggunakan mode selain Manual, maka jurugambar yang tidak biasa menjadi agak keliru.

Apa yang perlu kita teliti ialah depth of field (DoF) yang kita inginkan. Perkara ini subjektif kerana ia bergantung kepada bentuk subjek dan fokus yang kita ingin tekankan pada gambar. Untuk mengambil gambar belalang kunyit dari arah depan pada makro 1:1 memang takkan dapat DoF yang merangkumi seluruh tubuh belalang, oleh itu lebih sesuai untuk fokus hanya pada bahagian badannya yang tertentu sahaja.

DoF secara umumnya dipengaruhi oleh 3 faktor:
1.    Keluasan aperture.
2.    Saiz sensor.
3.    Jarak fokus.

Oleh kerana biasanya kita bertanya apakah aperture yang sesuai, jawaban tersebut bergantung kepada saiz sensor yang anda pakai dan apa julat DoF yang anda inginkan. DoF sensor APS-C adalah kira-kira 1 stop lebih luas berbanding full frame. Sensor Four-Thirds mempunyai DoF 2 stop lebih luas daripada full frame. Oleh itu, kamera Olympus E500 saya pada f/16 mempunyai DoF sama dengan kamera Nikon D3 pada f/32.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Untuk mendapatkan artikel percuma dari kami, sila langgan newsletter fototeacher di – http://fototeacher.com/subscribe.htm (Artikel akan dihantar terus ke e-mel anda!)

December 13, 2008 Categorized under Photo Improvement

ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

dsc_0147.JPG

Nama jurugambar: Firdaus Ridzuan
URL: http://firdausridzuan.fotopages.com
Catatan Gambar: Tujuan saya mengambil gambar ini adalah untuk menajamkan pemahaman mengenai komposisi dan Rules of Third.

Jika anda ingin gambar anda disiarkan di sini dan diberikan komen, sila hantarkan melalui segmen ONLINE PHOTO IMPROVEMENT. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131

Harap rakan-rakan boleh berikan komen di bawah:

December 12, 2008 Categorized under Review

Foto Segar dan Kreatif dari Vincent Dixon

vincent_dixon011.jpg

vincent_dixon02.jpg

vincent_dixon03.jpg

vincent_dixon04.jpg
vincent_dixon051.jpg

vincent_dixon06.jpg

Hasil Vincent Dixon sungguh fantastik, kreatif dan kadangkala mencuit hati. Sudah 15 tahun dalam dunia fotografi pengiklanan dan sudah kerap kali menerima anugerah peringkat global. Beliau berasal dari Kilkenny, Ireland dan siapa sangka beliau yang berkelulusan PHD dalam biologi molekul kini menjadi fotografer yang disegani kini.

sumber vincentdixon.com

Oleh: Chot untuk fototeacher.com
Dapatkan pelbagai jenis album bermutu untuk jurugambar di – http://www.impressivealbums.com