Archive for November, 2008

November 12, 2008 Categorized under Fikiran

Photographer Diam & Photographer Bising

Pertama sekali, saya rasa, saya ni tergolong dalam kategori photographer bising.

Photographer diam yang saya maksudkan, ialah photographer yang diam-diam ubi, makin tunduk makin berisi. Photographer macam ni sebenarnya ada ramai kat dalam Malaysia ni. Mereka ni semua berilmu tinggi, berpengalaman dan yang paling penting sekali, hasil gambar diaorang ni superbbb. Cuma, diaorang ni tak bising. Diaorang tak berapa ‘bercakap’ dalam forum, tak berapa aktif sesi teh tarik, malah, ada yang tak ada laman web langsung. Kenapa diaorang diam? Sebab diaorang tak ada sebab nak bising di media internet. Biasanya, diaorang ni cari makan guna ‘lubang’ tersendiri, cari makan bukan melalui dunia internet. So, di sini, salute dari saya untuk photographer-photographer diam di seluruh Malaysia! Insyaallah, saya akan reveal photographer diam ni satu persatu tidak lama lagi…(Jika diizinkan)

Photographer bising pulak – macam saya, terpaksa buat bising (saya cuba untuk tidak melebihi had bising yang dibenarkan). Buat bising kat tempat-tempat tertentu seperti blog dan laman web saya untuk cari makan. Untuk bagitau apa yang saya buat, tunjuk apa gambar yang saya shoot dan sebagainya. Ini tidak lebih dari sekadar bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan produk niaga yang saya ada sekaligus berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Jadi, harap anda fahamlah golongan jurugambar bising macam saya. Bukan nak tunjuk pandai, kalau salah harap dimaafkan.

- Hasnuddin

Dapatkan berita terbaru mengenai program fototeacher, promosi, artikel dan sebagainya. Langgan newsletter percuma dari kami. Sila klik di sini – http://fototeacher.com/subscribe.htm

November 10, 2008 Categorized under Fikiran

Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri

Tadi saya sempat dengar feedback dari sorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ni baru kahwin. So, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia dah hire satu orang photographer. Photographer ni banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.

Masalahnya, client ni sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada class (Seriously, dia memang ada class). Client macam ni biasanya tak berapa suka gambar yang terrrlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar hip hop ni biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.

Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif tu memang bagus. Yang menjadi masalah sekarang ni, gambar kreatif yang dah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.

Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut tu pulak tau tau kenapa dia mengikut. Yang dia tau, dia ikut saja. Orang shoot pakai fish eye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.

Nak shoot pakai lens fisheye, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna lens fisheye. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek kat bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ni. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambik gambar ni? Dia suka ke apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.

Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengokla jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.

Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecik ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecik tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak aje – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin.  Alih-alih, budak tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru…Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…

Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul jugak. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni. Harap tulis secara berhemah.

- Hasnuddin

Sila layari laman web rasmi fototeacher di http://www.fototeacher.com

November 7, 2008 Categorized under Report BPF

Report – Bengkel Portable Flash (1-2 November 2008)

 bpf12nov2008groupphotoforweb.jpg
Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila klik di sini.

Seramai 10 orang telah menghadiri bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Kaha. Rata-rata peserta berpuas hati dengan input yang diperolehi dari pelaburan yang dibuat. Sesi praktikal pencahayaan potret dijayakan oleh model baru yang berbakat – Wani.

Kecantikan Wani memang menggegarkan para peserta yang ingin merakam gambarnya. Ada yang lintang pukang merakam gambar, habis semua teknik yang diajar terlupa nak diguna pakai. Tapi, Cikgu Kahar sempat membetulkan dengan menurunkan beberapa tips tambahan yang berguna.

Saya sempat juga bersama-sama peserta pada sesi akhir kerana saya ada shoot di Kuala Selangor pada sesi sebelumnya. Sempat jugalah saya berkongsi beberapa teknik pencahayaan yang berkaitan dengan fotografi perkahwinan.

Pada akhir kursus, para peserta telah memberikan beberapa maklum balas yang sungguh bernas untuk kami mengenai bengkel ini. Mereka juga telah memberikan testimoni yang melegakan hati saya. Antara testimoni mereka:

“Kursus ini cukup lengkap bagi memahami bukan saja asas penggunaan flash, tetapi juga membantu saya memahami lebih mendalam cara memanfaatkan cahaya semulajadi dengan baik”
- Azmizan b. Mohd. Ghazali

“Sebelum menyertai bengkel ini, saya tiada keberanian untuk menggunakan flash kerana tiada ilmu asas. Kini saya lebih yakin. Terima kasih fototeacher!”
- Bahar Onan

“Bengkel ini bermanfaat dan berbaloi bagi saya”
- Muhammad Afifi Zaidi

“Keadaan amat relaks dan menyenangkan proses pembelajaran. Makan memang class!”
- Ghazali Hariri

“Penyampaian jelas dan mudah faham. Jurulatih yang berpengalaman membantu pelajar mudah faham. Makanan sangat sedap!”
- Suryana Sulaiman

“Saya amat berpuas hati dengan kandungan bengkel ini kerana banyak input tambahan diberikan. Kerjasama jurulatih juga banyak membantu”
- Irwan

“Satu program yang amat bagus! Berbaloi menghadirkan diri!”
- Haji Azinudin Haji Senapi

“Sangat puas hati dengan program ini. Jurulatih dan pembantu tidak lokek ilmu. Saya rasa lebih yakin untuk menggunakan flash sekarang!”
- Ezuan Ibrahim

Bengkel Portable Flash ini akan diadakan lagi 2-3 bulan dari sekarang. Kami akan umumkan tarikhnya tidak lama lagi. Sila langgan newsletter kami untuk diberitahu secara otomatik melalui e-mel sebaik saja tarikh bengkel baru dipastikan. Untuk langgan newsletter, sila ke – http://fototeacher.com/subscribe.htm

-Hasnuddin

dsc_0112.JPG

dsc_0101_t.jpg

dsc_0818.JPG

dsc_0056_t.jpg

November 6, 2008 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital 2-3 Ogos 2008

 1.jpg

2.jpg

3.jpg

Kursus hot seller dari fototeacher ini telah dikendalikan oleh Cikgu Kaharuddin Samad (Ketua Jurugambar, Berita Publishing). Baca biodata beliau di sini. Saya tidak dapat bersama-sama pada kursus tersebut disebabkan ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Kursus ini akan diadakan lagi pada hujung minggu ini. Jika anda tidak dapat hadir pada kursus pada kali ini, sila langgan newsletter dari kami. Kami akan beritahu kepada anda secara otomatik tarikh kursus seterusnya sebaik sahaja ianya dilancarkan. Untuk langgan newsletter, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut seperti syllabus kursus, yuran kursus dan sebagainya, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm

- Hasnuddin

November 5, 2008 Categorized under Personal

Photo Trip to Dabong Railway Station

 thetrainmaster.jpg
Bagi saya, ini adalah gambar terbaik saya semasa trip ini. Station Master ini seolah-olah merenung masa depan stesen lama dan usang ini yang mungkin akan ditutup terus tidak lama lagi disebabkan oleh arus kemodenan. Gambar ini dirakam dari atas keretapi di Stesen Keretapi Limau Kasturi, Kelantan.

trainandfoot.jpg
Gambar ini dirakam di Stesen Keretapi Gua Musang. Gambar ini adalah gambar kedua favourite saya. Saya suka silhouttte penumpang yang berdiri di platform dan lokomotif yang nampak ‘bergerak’ dengan penggunaan slow shutter.

damplayer.jpg
Gambar orang-orang kampung sedang main dam di kedai kopi ni dirakam berhampiran dengan Stesen Keretapi Krai. Waktu ni hujan lebat. Kami terperangkap di kedai kopi ni. Nasib baik ada subjek menarik. Jadi, memang puaslah kami rakam aksi diaorang ni dari berbagai angle.

Setelah sekian lama kepala menjadi berat dengan kerja-kerja pengurusan Adan Cameraworks dan fototeacher.com, saya rasa skill fotografi saya juga semakin tumpul. Jiwa dahagakan kerja-kerja fotografi kreatif yang dah agak lama ditinggalkan. Jadi, saya nekad untuk habiskan beberapa hari keluar dari KL untuk shooting dan shooting sahaja.

Saya bersama kawan lama saya, Nasir Roli (Jurugambar Kanan, Berita Publishing) dan Aminorazmi untuk pergi shooting di Stesen Keretapi Dabong dan kawasan sekitarnya. Sebenarnya, saya dah lama menyimpan hasrat untuk sesi shooting seperti ini, tapi selalu tak kesampaian disebabkan tidak ada masa yang sesuai. Kini, akhirnya, hajat saya kesampaian.

Kenapa Dabong? Dabong terletak di kawasan yang agak terpencil dalam negeri Kelantan. Fokus saya ialah untuk merakam kehidupan di sekitar Stesen Keretapi Dabong dan stesen-stesen lain yang berhampiran seperti Gua Musang, Krai, Manek Urai dan Limau Kasturi. Antara yang menarik di sini ialah, terdapatnya keretapi ‘local’ yang berfungsi untuk kegunaan penduduk setempat untuk berulang-alik. Keretapi ‘local’ ini buruk (klasik), para penumpangnya terdiri dari penduduk kampung dan orang-orang tua yang ‘berseni muka dan pakaiannya’. Suasana di sini sungguh menggambarkan Malaysia dan penuh dengan nostalgia.

Selain dari itu, satu lagi ciri unik di sini ialah, kita boleh melihat budak-budak sekolah berulang-alik naik keretapi ke sekolah setiap hari. Ini kerana, di sesetengah kawasan di sini, keretapi adalah satu bentuk pengangkutan utama yang paling penting bagi menghubungkan pekan-pekan kecil di kawasan ini.

Pengalaman menaiki keretapi sentiasa membawa nostalgia kepada saya. Boleh dikatakan, saya membesar dengan keretapi. Dulu, sekitar tahun 80an, tak ada PLUS highway. Orang ketika itu kalau dari Butterworth nak ke Kuala Lumpur takkan naik bas. Kalau ikut jalanraya, boleh ambil masa 8 jam untuk sampai. Jadi, ketika itu, keretapi adalah satu pengangkutan yang amat popular dan penting kerana, naik keretapi lebih cepat dan selesa. Saya percaya, sesiapa saja yang pernah naik keretapi waktu tu, mesti setuju dengan saya bahawa, pengalaman naik keretapi waktu dulu, memang seronok. Pengalaman yang hampir sama boleh didapati kini hanya di laluan keretapi Pantai Timur. Jadi, ke sanalah tujuan saya dan 2 orang rakan yang lain…

Kami bertolak pada 21 Oktober 2008 menaiki tren malam dari KL Sentral ke Dabong. Saya membawa peralatan kamera dan pakaian paling minima bagi memudahkan pergerakan di sana nanti. Cuma 2 beg galas – satu beg kamera dan satu beg pakaian. Sepanjang perjalanan, kami bertiga tak berhenti bercerita dan berbincang mengenai fotografi. Banyak perkara yang saya pelajari.

Secara umumnya, kami shooting dari pagi hingga ke malam, setiap hari. Kira macam marathonlah – memang penat. Dah lama tak buat kerja macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya, skill taklah tumpul lagi.

Pada mulanya, saya bercadang untuk berada di sana selama 5 hari. Tapi, disebabkan keletihan dan cuaca yang sentiasa mendung dan tidak memberangsangkan, saya ambil keputusan untuk pulang pada hari yang ketiga. Lagipun, saya ada last minute job yang memerlukan saya shooting di Batu Pahat. So, kami semua pulang ke Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2008 menaiki tren malam ke Kuala Lumpur. Kami masing-masing membawa pulang pengalaman dan pengetahuan baru yang sungguh istimewa.

- Hasnuddin

kl-dabong31.jpg
Saya bersama Nasir Roli berhampiran Stesen Keretapi Dabong. Gambar dirakam oleh Aminorazmi.

November 5, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

BILIK LATIHAN fototeacher YANG BARU

 fototeacherclassresized.jpg

Seperti yang ramai telah sedia maklum, kami telah berpindah ke pejabat baru. Pindah tak jauh, cuma bersebelahan dengan pejabat lama. Untuk ofis baru ni, kami telah membuat renovation penuh. Kira macam from zero to herolah…

Premis Adan Cameraworks dan fototeacher.com duduk sebelah menyebelah macam adik beradik kembar. Tentulah begitu, kedua-duanya anak emas kepada ibunya- Adan Impresif Sdn. Bhd.

Bilik latihan fototeacher ini boleh memuatkan sehingga 30 orang pada satu-satu masa. Antara kemudahan yang turut tersedia ialah:

ALAT BANTUAN MENGAJAR

  1. LCD projector
  2. Projector screen
  3. 29″ TV screen
  4. DVD video player
  5. Whiteboard
  6. Laptop

FASILITI

  1. Ruang makan
  2. Pantry
  3. Ruang solat
  4. 2 tandas
  5. Parking basement percuma

KEMUDAHAN LAIN

  1. Broadband internet
  2. Mesin faks
  3. Mesin photostat

Alamat baru kami: C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-91017144 / 03-91017155. E-mel: fototeacher@gmail.com