rulururu

post Nabila Huda - Majlis Khatam Quran

November 29th, 2008

Filed under: Gambar — Azida @ 4:49 pm

Fotografi oleh Hasnuddin Abu Samah, Adan Cameraworks

Nabila Huda, anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search, telah menyempurnakan khatam quran dalam majlis sederhana yang diadakan di rumah bapanya pada 30 November 2008. Majlis akad nikah dan persandingan akan menyusul pada 2 Disember 2008. Adan Cameraworks telah dipilih sebagai official photographer untuk keseluruhan majlis perkahwinan beliau. Terima kasih kepada Puan Norish atas kepercayaan yang diberikan.

Untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan, sila ke http://www.adan.biz atau hubungi 03-91017155/012-6020770, e-mel- adanphoto@gmail.com
————————————————————————————————————————-

teaser.jpg
Untuk diberitahu secara otomatik melalui e-mel mengenai perkembangan acara di atas, sila langgan newsletter percuma dari fototeacher di - http://fototeacher.com/subscribe.htm

post Labah-labah Ladybird

November 28th, 2008

Filed under: Gambar — hasnuddin @ 12:10 am

 1a.jpg

1b.jpg
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Baru-baru ini saya menghadiri satu perkhemahan di Ulu Dong tidak jauh daripada bandar Raub. Tempat perkhemahan tersebut sangat bersih dan ada beberapa jeram di sekeliling. Terdapat satu “pulau” kecil berhampiran yang mana ia dikelilingi oleh anak sungai dan hanya boleh dilintasi dengan titi. Luas pulau tersebut lebih kurang seperti satu padang bola.

Pada malam harinya saya bersama 2 peserta lain melakukan night trekking di pulau tersebut untuk mencari subjek yang aktif pada waktu malam. Setiap seorang membawa sebiji lampu suluh dan dslr masing-masing. Tidak semestinya menggunakan portable flash tapi bila menggunakan built-in flash, perlu ada diffuser yang sesuai.

Pada setengah jam yang pertama kami menyuluh, tiada hasil apa-apa. Pada mulanya saya memberi fokus pada sekitar batang pokok, pucuk daun dan bunga. Seterusnya kami mula menyuluh rendah pada pokok-pokok kecil sekitar paras 1-2 kaki dari tanah. Saya terpandang satu makhluk yang berupa ladybird berwarna kuning di bahagian bawah daun, hanya beberapa inci dari tanah. Kebiasannya saya tak peduli pada ladybird namun apa yang menarik ialah ia kelihatan seperti bergantung pada benang sawang. Setelah memerhati dengan lebih teliti saya dapati ia adalah sejenis labah-labah keluarga Araneidae yang belum pernah saya jumpa.

Apa yang menarik ialah rupanya yang pelik. Bukan sahaja tidak menyerupai labah-labah biasa, malahan amat menyerupai serangga lain. Pengenalan yang mengesahkan ia adalah labah-labah ialah kerana ada 8 kaki dan 8 biji mata. Agak mudah untuk mengambil gambarnya kerana ia berlakon seperti tidak bergerak.

Setelah pulang ke KL, saya meneliti beberapa rujukan dan mengesahkan labah-labah tersebut adalah Paraplectana tshushimensis yang pertama kali dijumpa pada tahun 1960 oleh seorang berbangsa Jepun. Habitatnya ialah sekitar kawasan beriklim tropika Asia.

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Sila lawati laman web rasmi fototeacher di - http://www.fototeacher.com untuk mengetahui program latihan fotografi yang akan diadakan.

post 100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI

November 27th, 2008

Filed under: Fikiran — hasnuddin @ 4:18 am

Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.

Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.

Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.

Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.

Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.

Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.

Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya
saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain.

Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com 2008.

Add me into your facebook - Hasnuddin Abu Samah
facebookhasnuddin.jpg

post The Big Picture

November 26th, 2008

Filed under: Review — hasnuddin @ 7:36 pm

 the_big_picture_1.jpg

the_big_picture_2.jpg

The Big Pictures adalah sebuah website yg memaparkan kualiti gambar bersaiz besar. Website yang dipunyai oleh Alan Taylor ini dinobatkan sebagai blog terbaik tahun ini. Foto-foto yang ditampilkan di The Big Pictures adalah hasil dari jurugambar dari Boston.com sendiri. Boleh dikatakan entry yang dipaparkan merangkumi cerita dan peristiwa yg berlaku di sekitar pelusuk dunia. Kini Alan memberi ‘wire service’ kepada Reuters, AFP, AP dan lain-lain.

Ikuti wawancara Alan Taylor disini.

Oleh: Chot untuk fototeacher.com
Belajar Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Fotografi di - http://www.fototeacher.com

post Biodata Jurulatih Kursus Asas Videografi Digital (AVD)

November 24th, 2008

Filed under: Berita & Pengumuman — hasnuddin @ 10:56 pm

Saudara Shahirman Sahalan atau lebih dikenali sebagai Tojo, merupakan seorang jurukamera video yang amat dihormati khususnya dalam dunia penyiaran video di Malaysia. Saudara Tojo merupakan guru dan rakan saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di stesyen televisyen ntv7 pada lewat tahun 90an.

Saya rasa sungguh berbesar hati kerana Tojo sudi menerima jemputan saya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman beliau selaku jurulatih utama dalam  Kursus Asas Videografi (AVD) yang akan dianjurkan oleh fototeacher. Saya rasa kita semua sungguh bertuah kerana bukan mudah untuk mendapatkan bimbingan dari tokoh ternama seperti Tojo. Kepada yang berminat dalam bidang videografi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengikuti kursus yang akan diadakan pada 20-21 Disember 2008.

Berikut ini, saya sertakan sedikit latar belakang Tojo:

Nama Penuh
Shahirman Sahalan

Pendidikan Formal
Diploma In Photography ITM
Degree In Photography & Creative Imaging, UiTM
Masters In Visual Communications, UiTM

Pengalaman Kerja
Juruteknik Fotografi di Universiti Islam Antarabangsa (1988)
Jurukamera Eksekutif TV3 (1989-1996)
Pensyarah di Akademi TV3 (1997)
Jurukamera Eksekutif ntv7 (1998-1999)
Pensyarah Fotografi dan Videografi di Akademi TV3 (2000-2003)
Jurukamera stringer untuk TV3 News (2004-2005)
Pensyarah di Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, UiTM (2006-kini)

Pencapaian Tertinggi
Anugerah Siri Dokumentari Islam Terbaik (Jejak Rasul 1)

Pengalaman Dalam Videografi
21 Tahun

Bidang Kepakaran
Single Camera Production (SCP), Multi Camera Production (MCP) dan dokumentari video

Tugasan Menarik
Penggambaran Jejak Rasul, Penggambaran siri Majalah 3 dan Penggambaran berbagai siri Drama TV

Mesej dari Tojo:
“Untuk menjadi yang terbaik, bakat dan kepakaran yang dimiliki perlu dibajai dengan hormat menghormati, rasa rendah diri dan redha serta bersyukur kepada pemberian Allah.”

tojosmall5.jpg
Saudara Tojo (memegang kamera) ketika tugasan di luar negara dengan TV3


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Kursus Videografi Digital (AVD), sila ke:
http://fototeacher.com/videography.htm

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com

post Laurent Lavender - Jurugambar Tentang Bulan

November 23rd, 2008

Filed under: Review — hasnuddin @ 7:29 pm

 the-moon.jpg

31.jpg

4.jpg

Lain orang lain ragamnya. Laurent Lavender adalah satu-satunya jurugambar yang menfokuskan pada objek bulan dan gambar-gambar beliau memang tidak lari dengan objek bulan. Ini mungkin kerana beliau berlatarbelakangkan aliran atsronomi dan sains. Ketika berusia 15 tahun, kawan-kawan beliau sibuk dengan bercerita tentang gadis tetapi Laurent aktif dengan kelab sains sekolahnya. Dalam tahun 1987, bermulalah minatnya terhadap fotografi setelah diperkenalkan oleh kawan baiknya, Franck Valbousquet. Mungkin di negara kita Malaysia ini belum ada jurugambar sebegini… ayuh, apa tunggu lagi?

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

Untuk sertai kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila layari laman web rasmi kami di - http://www.fototeacher.com

post Kamera Untuk Tutup Malu

November 21st, 2008

Filed under: Fikiran — hasnuddin @ 8:49 pm

Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.

Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.

Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.

Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun.  Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.

Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.

Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.

- Hasnuddin

Ingin dapatkan artikel-artikel fotografi secara percuma dan dihantar terus kepada e-mel anda? Sila langgan newsletter percuma kami di - http://fototeacher.com/subscribe.htm

Add me into your facebook - Hasnuddin Abu Samah
facebookhasnuddin.jpg

post 20 Portfolio Jurugambar Hebat

November 20th, 2008

Filed under: Review — hasnuddin @ 7:13 pm

20-jurugambar-hebat.jpg

Di sini saya senaraikan 20 portfolio jurugambar hebat ajaib ketika ini. Mereka mempunyai karisma dan foto yang mempunyai identiti yang tersendiri. Lihatlah hasil mereka, manakan tahu ia akan menjadi inspirasi dan mempengaruhi dalam minat anda terhadap fotografi.

  1. Michael Muller
  2. Kris Krug
  3. Eric Ryan Anderson
  4. Patrick Hoelck
  5. Zach Gold
  6. Vincent Laforet
  7. Brook Pifer
  8. Jeremy Cowart
  9. Alberto Oviedo
  10. Eoloperfido
  11. Joey Lawrence
  12. Philip Toledano
  13. Matt Stuart
  14. Dave Hill
  15. Mareen Fishinger
  16. Jill Greenberg
  17. Branislav Kropilak
  18. James Nachtwey
  19. Andrew Zuckerman
  20. Chris Jordan

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

post AKAN DATANG - KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD) - 16-17 DISEMBER 2008

November 19th, 2008

Filed under: Berita & Pengumuman — hasnuddin @ 12:28 pm

 jimbocamera.jpg

Atas permintaan ramai, Kursus Asas Fotografi Digital AFD akan diadakan pada 16-17 Disember 2008, iaitu pada hari Selasa dan Rabu. Kepada yang berminat, sila buat pendaftaran dan pembayaran segera, kerana tempat terhad kepada 25 orang terawal sahaja.

Untuk membaca testimoni dan melihat gambar-gambar Kursus AFD yang lepas, sila klik di sini
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila klik di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di talian 03-91017155 atau e-mel ke fototeacher@gmail.com

post Software PhotoScape

November 18th, 2008

Filed under: Review — hasnuddin @ 7:07 pm

 photoscape.jpg

Untuk pengemar fotografi yang tidak tahu menggunakan photoshop untuk mengedit gambar, anda jangan bimbang. Software ‘PhotoScape’ adalah jalan penyelesaiannya. Ia mudah, ringkas dan juga mesra pengguna. Selain untuk ‘editing’, PhotoScape juga didatangkan bersama image browsing/viewing, photo editing, picture page printing, photo resizing dan RAW conversion. Photoscape ini juga boleh membuat gambar anda dalam bentuk kolaj dari pelbagai ‘layout templates’. Gambar anda juga boleh diberi sentuhan GIF animations, batch editing, EXIF display, slideshow dan banyak lagi. Ini adalah software yang mesti ada untuk pengemar kamera digital.

Download Perisian Photoscape disini.

Oleh: Chot untuk fototeacher.com

Next Page »
ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)