rulururu

post Laman Web - Digital Pro Talk

August 20th, 2008

Filed under: Review — hasnuddin @ 9:30 pm

 

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

protalkby-din.jpg

Digital Pro Talk

Jika anda inginkan kelainan atau mendapatkan idea untuk menghasilkan gambar yang kreatif, saya ingin cadangkan supaya anda lawati sebuah blog tulisan David Ziser. Blog yang diberi nama digital pro talk ini banyak memberi tips2 dan trick yang amat berguna kepada photographer. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi gambar2 yang telah beliau hasilkan sama ada secara planning atau secara tidak sengaja.

Dalam blog tersebut, beliau bukan sahaja menceritakan tentang lighting dan posing, tetapi beliau juga turut menceritakan cara bagaimana untuk menjalankan bisnes fotografi perkahwinan.

Jika anda inginkan mengetahui isi kandungan blog tersebut, lawati www.digitalprotalk.com

Oleh: Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com

post DSLR Terunggul

August 18th, 2008

Filed under: Fikiran — hasnuddin @ 9:19 pm

hasselbladh3d.jpg

DSLR Terunggul
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali beberapa soalan kepadanya:

1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau untuk dijadikan hobi?
2) Berapa budget sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan kamera di kemudian hari?
3) Berapa kerapkan rasanya kamera tersebut akan digunakan?
4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk diambil?
5) Bersediakan untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi?

Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja.

DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda 100% cantik.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

post Demonstrasi Jalanan

August 13th, 2008

Filed under: Tips — hasnuddin @ 9:07 pm

Demonstrasi Jalanan
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

4a1.jpg

Ada seorang kenalan yang menjemput saya merakamkan aksi demonstrasi jalanan baru-baru ini namun saya terpaksa menolak kerana bertugas. Sempat juga saya memberikan beliau beberapa tips amatur yang saya kupas daripada beberapa demonstrasi yang saya pernah lalui.

Saya bukannya jurugambar Press, jadi saya tiada tag media. Ini bermakna saya tidak kebal daripada tindakan penguatkuasa undang-undang mahupun peserta demonstrasi. Bila-bila masa pun saya boleh diserang oleh kedua-dua belah pihak. Oleh itu persiapan yang saya buat adalah:

o1) Pakaian yang memudahkan pergerakan
02) T-shir berkolar dan seluar cargo.
03) Kasut snickers yang sesuai untuk berlari.
04) Topi bulat untuk mengurangkan risiko sunburn.
05) 2 lens sahaja – standard zoom dan medium telephoto zoom. Flash saya tak bawa pun.
06) Bawa beg pun yang ringan sahaja supaya mudah bergerak.
07) Tuala untuk lap peluh atau lembabkan muka.
08) Air dalam botol kecil 600ml. Boleh minum atau basuh muka jika terkena gas pemedih mata.
09) Garam halus untuk disapu di kulit muka jika terkena gas pemedih mata.
10) Makanan ringan seperti coklat untuk tenaga segera.

Kebiasaannya saya pergi seorang diri kerana saya akan bergerak sendirian mengikut sedap hati sendiri. Pada kebiasaannya saya akan berada berhampiran dengan barisan polis atau FRU sebagai langkah keselamatan.

Apa yang anda perlu buat?

Cari lokasi yang memberikan sudut pandangan yang sesuai. Ini mungkin di atas jejantas, tangga bangunan, tepi longkang atau di tengah jalan raya.

Anticipate apa yang akan berlaku. Jika aksi tercetus, anda perlu bersedia dan berada di lokasi yang sesuai.

Jika keadaan berada di luar kawalan, undurkan diri. Jika tidak pasti ke arah mana, cari tempat yang ada jurugambar lain berkumpul. Di mana jua anda berada, pastikan anda mengenal pasti ruang untuk melarikan diri.

Moment adalah lebih penting daripada nilai estetika. Guna jpeg dan burst banyak-banyak.

Pelbagai drama boleh dirakamkan- ekspresi manusia, aksi cemas, persiapan kedua-dua belah pihak dan VVIP yang hadir.

4b.jpg
Drama yang melibatkan VVIP.

Elakkan diri daripada menghalang tugas penguatkuasa undang-undang. Ingat, anda bukan Press.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin

Sertai Bengkel Portable Flash tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari - http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

 

post Kit Lens Sahaja

August 8th, 2008

Filed under: Tips — hasnuddin @ 9:01 pm

Kit Lens Sahaja
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Lensa yang biasanya dijual bersama dengan DSLR kelas rendah digelar kit lens. Secara umum, kit lens adalah lensa yang bernilai rendah, mempunyai aperture maksima yang agak kecil dan kualiti optiknya di bawah par. Ada sesetengah jenama kamera memberikan kit lens yang agak canggih seperti Zuiko 12-60mm SWD dan Nikkor AF-S 18-85mm VR namun kebanyakan kit lens tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kurang nilai terpakainya.

Ini tidak bermakna anda harus mengeluh dengan kit lens kerana ia tetap mempunyai beberapa kelebihan lain. Kit lens adalah lens yang ringan dan mempunyai julat zoom yang sesuai untuk kebanyakan aplikasi. Jika digunakan dengan berkesan, kit lens berupaya menghasilkan gambar yang menakjubkan. Mungkin dari segi kualiti imej ia kurang memberangsangkan namun disebabkan ia ringan dan mudah digunakan, anda mungkin lebih senang merakam gambar aksi tanpa memerlukan bantuan tripod. Ingat, lensa yang laju (Fast lens, high performance lens) bukan sahaja lebih mahal tetapi juga lebih berat.

Selain lensa makro, saya paling kerap menggunakan kit lens sahaja. Ketika saya merakam gambar perhimpunan HINDRAF tahun lalu, ketiga-tiga gambar saya yang disiarkan di Reuters Youwitness diambil menggunakan kit lens. Dengan lensa yang ringan, saya tidak mempunyai banyak masalah untuk bergerak dalam keadaan kacau-bilau tersebut berbanding jika saya menggunakan lensa yang berat.

3a.jpg

Dalam merakam aksi sukan juga, saya lebih gemar menggunakan kit lens. Ini kerana saya tidak perlu bergantung kepada tripod untuk menampung lensa yang berat. Kebebasan ini memberikan saya lebih ruang untuk mendapatkan moment yang tepat dan dari sudut yang dikehendaki.

3b1.jpg

Jika anda hanya mempunyai kit lens sahaja, tidak perlu untuk tergesa-gesa membeli lensa baru hanya kerana segan dengan jurugambar lain. Melainkan anda perlu lensa kegunaan khas seperti lensa makro atau super telephoto, penggunaan kit lens adalah memadai untuk kebanyakan situasi.

Kedua-dua gambar di atas dirakam menggunakan Zuiko Digital 40-150mm f3.5-4.5 yang merupakan kit lens kepada Olympus E500.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin

post Natalie Behring

August 6th, 2008

Filed under: Gambar — hasnuddin @ 8:45 pm

Natalie Behring adalah foto-jurnalis bebas yang berpengalaman selama 10 tahun. Dia tinggal di Beijing, kemudian berkembara ke beberapa negara. Lihat Portfolio beliau yg begitu memikat untuk para pengemar foto-jurnalis.

Oleh : Chot untuk fototeacher.com

natalie-behring01.jpg

natalie-behring02.jpg

natalie-behring03.jpg

natalie-behring04.jpg

natalie-behring05.jpg

natalie-behring06.jpg

post Fotografi Labah-labah

August 4th, 2008

Filed under: Tips — hasnuddin @ 8:37 pm

Fotografi Labah-labah
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Antara hobi yang saya minati ialah mengambil gambar makro, terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar. Setelah memiliki DSLR, saya lebih menjurus pada menghasilkan gambar makro dan sejak 2 tahun lepas saya mula menjuruskan fokus saya pada gambar labah-labah. Ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan jika anda ingin merakam aksi haiwan sebegini.

Semua labah-labah menghasilkan benang sutera. Walaupun ada yang tidak mengait sawang, anda boleh mengesan mereka dengan meneliti benang sutera yang ditinggalkan ketika labah-labah tersebut melompat ke sana-sini.

Apabila anda nampak seekor labah-labah, hampiri ia dengan perlahan. Sesetengah jenis mempunyai penglihatan yang tajam dan akan segera lari jika ia mengesan bahaya.

Beberapa jenis labah-labah sangat cekap bersembunyi. Jenis seperti ini mempunyai corak dan warna seakan-akan latar belakangnya. Anda harus meneliti dari beberapa sudut sambil bergerak untuk mengesannya melalui perubahan sudut bayang-bayang.

2a.jpg

Antara cara paling senang mengesannya ialah dengan mencari sawangnya. Biasanya sawang mudah dicari di kawasan pokok renek dan berumput. Ada juga yang lebih gemar bersawang di siling bangunan, terutamanya jenis yang berkaki panjang.

Kebanyakan labah-labah suka pada tempat yang dekat dengan sumber air. Ini kerana antara makanan utamanya ialah serangga terbang yang mudah didapati di habitat berair.

Hormati labah-labah tersebut dengan mengelakkan diri anda daripada mengganggunya. Apabila haiwan tersebut dalam keadaan tertekan akibat ancaman (seperti kehadiran jurugambar), akan menjadi sukar untuk kita merakam aksi yang natural. Pastikan kehadiran anda tidak disedari olehnya.

2b.jpg

Gambar nature yang cantik ialah yang menunjukkan kisah sebenar. Jika anda mengalihkan labah-labah tersebut ke habitat lain untuk tujuan penggambaran, background baru ini akan memberi unsur palsu pada gambar anda. Contohnya, gambar seekor labah-labah jenis sawang tetapi merangkak atas batu akan kelihatan pelik. Ini fake.

Dengan 7 tips ini, saya harap anda dapat mencari dan merakam aksi labah-labah di taman berdekatan dengan anda.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Disunting oleh Hasnuddin

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

 

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)