
Cikgu Kahar memberikan penerangan terperinci ‘one-to-one’ kepada salah seorang peserta BPF.

Para peserta sedang melakukan praktikal pencahayaan asas. Model yang tinggi lampai ni nampak cantik dan ‘real’ dari belakang kan?

Inilah dia rupa model tinggi lampai kita tu… Nama dia Aminah. Dia tak cerewet, sedia berposing bila-bila masa. Memang memudahkan peserta untuk buat latihan praktikal.

Para peserta ketika latihan praktikal bersama model sebenar – Shue.

Ini dia Shue. Saya rasa ramai setuju, Shue lebih cantik dari Aminah

Para peserta kursus bergambar bersama Cikgu Kahar (jurulatih utama), Azmin (pembantu jurulatih) dan Shue (model). Untuk download gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/2ndBPFlargegrouppicture.jpg
Bengkel Portable Flash (BPF) telah dijalankan dengan jayanya pada 28-29 Jun lepas. Seramai 9 orang peserta telah mengikuti Bengkel ini yang telah disampaikan oleh Cikgu Kahar dan dibantu oleh Amin Nor Azmi selaku tutor dan Shue selaku model.
Antara beberapa testimoni dari peserta BPF kali ini:
“Kesan pembelajaran yang amat baik sekali. Jika dipraktikkan pasti akan berjaya”
- Nor Zehan Abd Murad
“Saya dapat lebih keyakinan untuk rakam gambar menggunakan flash”
- Mohd Rozaily Bin Riduan
“Keseluruhannya, bengkel ini memang best dan baik untuk beginner. Selepas mengikuti bengkel ini, pelajar pasti dapat menggunakan flash dengan kawalan manual dengan lebih baik.”
- Mohd Hafidz Bin Mohd Fadillah
“Saya pasti akan guna teknik yang saya pelajari di fototeacher untuk kerja saya”
- Lin Joe Yin
“Memang sangat puas hati!”
Saya ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Semoga anda mendapat manfaat yang diharapkan dari program ini.
- Hasnuddin
PENDAFTARAN BARU KINI DIBUKA!
Bengkel Portable Flash seterusnya akan diadakan pada – 1-2 November 2008. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html
Kursus paling popular – Kursus Asas Fotografi Digital seterusnya akan diadakan pada 2-3 Ogos 2008. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/basicphotography.htm
Sila hubungi Puan Ida di 012-6020770 atau 03-91017144 atau e-mel fototeacher@gmail.com untuk pertanyaan.