Archive for June, 2008

June 12, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Fototalk @ Fotowarung

fototalkfotowarung.jpg

Photo Talk oleh Che’ Ahmad Azhar, Syefry Moniz dan Bazuki Muhammad.

Tarikh: 29 Jun 2008 (Ahad), 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat: Kelab Tasik Putrajaya
Bayaran: RM 300 seorang

Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fotowarung.bazuki.com/?p=7501

Hasnuddin

June 12, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Semua ini akan berubah…

fttrainingcentre.jpg

Salah satu sudut di Pusat Latihan fototeacher.com ketika Bengkel Portable Flash yang lalu. Semua ini akan berubah… Kami akan berpindah ke pejabat baru yang lebih baik tidak lama lagi. Pejabat baru ketika ini masih dalam proses renovation dan kami dijangka akan berpindah pada hujung bulan Jun ini. Saya akan umumkan perkembangannya tidak lama lagi.

P.S. – Janji kami masih ditepati! Update kerap di blog fototeacher.com sekurang-kurangnya 2 kali seminggu! Sentiasalah kunjungi kami.

P.S.S. – Kadang-kadang, terasa jugak macam cakap sorang2 bila tak ada orang bagi komen. So, rajin2 lah menonjolkan diri anda ya…  :-)

Hasnuddin

June 11, 2008 Categorized under Relaks

Gambar Klasik Dalam Bentuk LEGO

Tentu anda pernah lihat gambar di bawah ini. Ini adalah salah satu gambar klasik yang paling popular:

legolego1.jpg

Mike Stimpson telah ‘menghasilkan semula’ karya foto ini dalam bentuk Lego dan dirakam semula seperti di bawah:

legolego2.jpg

Gambar di bawah ini adalah setup untuk hasilkan gambar di atas:

legolego3.jpg

Sungguh menarik dan kreatif. Ada banyak lagi karya agung fotografi yang dirakam semula oleh Mike Stimpson dalam bentuk Lego. Untuk lihat lebih banyak gambar, sila layari laman web beliau di – http://www.flickr.com/photos/balakov/sets/72157602602191858/show/ atau http://www.redbubble.com/people/Balakov

June 5, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Bila ‘Pesaing’ Berjumpa…

Petang tadi, satu perjumpaan diantara key player jurugambar perkahwinan telah diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya. Lunch meeting yang separa formal ini dengan jayanya telah mencapai beberapa persetujuan penting disamping gelak ketawa dan makan tanpa henti!

ccmeeting1.jpg

ccmeeting2.jpg

ccsn.jpg

Walaupun kesemua yang hadir adalah merupakan pesaing sengit diantara satu sama lain, namum saya berasa bangga kerana kami semua dengan penuh rasional telah menyingkirkan kepentingan peribadi, demi untuk mencapai satu persetujuan yang baik untuk industri fotografi perkahwinan di Malaysia.

Perjumpaan ini bertitik tolak dari penubuhan CLICK COUTURE, sebuah kumpulan yang terdiri dari beberapa jurugambar perkahwinan yang boleh dikatakan diantara beberapa jurugambar yang paling komited di Malaysia. Idea asal CLICK COUTURE dicetuskan oleh Saudara Min dari PRETTY PEEKTURES. Beliau jugalah orang yang telah banyak berusaha kearah mewujudkan laman web CLICK COUTURE dan beberapa tugasan penting lain. Ucapan terima kasih saya kepada usaha beliau.

Perjumpaan petang tadi telah diusahakan oleh Saudara Saiful Nang. Terima kasih saya ucapkan atas inisiatif beliau yang telah menjemput semua hadirin, menyediakan agenda mesyuarat dan menyediakan seorang pencatit minit mesyuarat. Syarikat fotografi perkahwinan yang menghantar wakil mereka ialah:

  1. My Photographer
  2. Pretty Peektures
  3. Avicenna
  4. Candid Syndrome
  5. Green Apple
  6. Manggis
  7. Iskandar Ibrahim
  8. Ikram Ismail
  9. Adan

Beberapa perkara penting telah dipersetujui ke arah menaikkan standard fotografi perkahwinan di Malaysia disamping menjaga kepentingan pelanggan dan jurugambar perkahwinan dalam CLICK COUTURE. Antara perkara yang dibincangkan:

  1. Harga minimum untuk perkhidmatan jurugambar
  2. Terms of payment
  3. Isu hakcipta
  4. Tempoh masa penghantaran produk akhir
  5. Penetapan harga untuk khidmat luar kawasan dan beberapa perkara lagi.

Insyaallah, perkara-perkara yang telah dipersetujui ini akan dijadikan satu standard dalam kumpulan jurugambar ini. Maklumat terperincinya akan dipaparkan dalam laman web CLICK COUTURE tidak lama lagi.

Diharap, apa yang telah kami persetujui sebagai satu standard ini dapat juga dicontohi oleh jurugambar-jurugambar lain. CLICK COUTURE mengalu-alukan penyertaan dari jurugambar-jurugambar lain yang berminat untuk menyertai kumpulan ini. Namun, permohonan untuk menyertai CLICK COUTURE, perlu menepati beberapa syarat demi untuk menjaga standard tertentu.

Untuk maklumat lanjut mengenai CLICK COUTURE, sila layari http://www.clickcouture.com.my

cclogo.gif

Diantara kami semua yang hadir pada perjumpaan tadi, walaupun ada yang pertama kali berjumpa dan tidak mengenali diantara satu sama lain, tapi atas dasar profesionalisme, kami tetap dapat duduk semeja untuk kebaikan bersama. Saya harap, nilai murni ini akan dapat diteruskan.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Hasnuddin

Sertai Kursus Asas Fotografi Digital dan Bengkel Portable Flash tidak lama lagi! Sila layari http://www.fototeacher.com

June 4, 2008 Categorized under Review

Membeli kamera secara online

Sejak kebelakangan ini, orang ramai dah makin yakin untuk membeli barang secara online. Bukan setakat barang berharga puluhan ringgit, malah orang dah makin yakin untuk beli barang berharga ratusan malah ribuan ringgit dari internet.

Saya sendiri pernah beberapa kali membeli barang secara online. Setakat ni belum ada insiden kena tipu, barang rosak, barang lambat tiba dan sebagainya. Kalau untuk beli barang kamera, saya cadangkan anda membeli dari ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop! . Saya pernah beli barang kamera dari mereka dan mendapat khidmat yang saya harapkan. Barang yang dibeli dikirim kepada saya on time dan diterima dalam keadaan yang baik.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Saya rasa, apa yang penting ialah, kita harus bijak menilai tempat kita nak beli barang tu adalah tempat yang BOLEH DIPERCAYAI. Lebih baik lagi kalau ada orang yang recommed kepada kita untuk membeli di situ. Pada pendapat saya, peniaga online biasanya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana KEPERCAYAAN orang ramai adalah sangat penting. Pelanggan yang berpuas hati akan recommend khidmat mereka kepada rakan lain pula.

Hasnuddin