Archive for June, 2008

June 30, 2008 Categorized under Fikiran

Kerana fototeacher, saya banyak belajar.

Saya menubuhkan fototeacher kerana ingin memberikan khidmat latihan dan pembelajaran fotografi kepada umum. Tetapi, sejak ada fototeacher, saya sendiri banyak belajar perkara baru mengenai fotografi. Selalunya, saya akan ‘terpaksa belajar’ bila:

  1. Peserta bertanya soalan kepada saya dalam kursus yang diadakan. Ada soalan yang saya tak boleh jawab. Jadi, saya mencari jawapan dan belajar lagi untuk menjawab soalan tersebut.
  2. Sebelum mengajar, saya akan buat persediaan tambahan dengan membaca buku fotografi terutamanya mengenai perkembangan terbaru. Kalaulah saya tidak mengajar, tentu malas saya nak membaca
  3. Dalam usaha menulis blog, adakalanya saya kehabisan idea. Jadi, saya ‘terpaksa’ menambah pengetahuan saya dengan membuat pembacaan yang kemudiannya akan dikongsi dengan anda semua.

Saya rasa bertuah kerana boleh sama-sama belajar. Terima kasih kepada anda semua kerana membuatkan saya terus belajar.

Hasnuddin

June 27, 2008 Categorized under Tips

Wedding: 50 Shot pertama, adalah untuk dibuang

Wedding: 50 Shot pertama, adalah untuk dibuang
Oleh Aminorazmi


Sekadar berkongsi pengalaman. Ini pun sekadar menyampaikan apa yang pernah disampaikan kepada saya.

Fakta: Pengantin/klien kita bukanlah saudara rapat kita. Juga bukan teman karib. Jauh sekali seorang artis/public figure. Mereka tidak biasa berhadapan dengan lensa dan cahaya flash bertubi2 sepanjang umur mereka, sehinggalah hari perkahwinan menjelang. Apatah lagi dipotretkan sepanjang hari pernikahan dan perkahwinannya.

Jurugambar: Sebelum ini, mungkin kita tak pernah berkerja dengan klien tersebut. Mereka tak pernah kenal kita, sehinggalah saat kita berkerja untuk mereka.

Situasi: Masing-masing pada mulanya menjadi kaku. Pengantin/klien tidak biasa dipotret. Terutamanya bagi klien yang amatlah pemalu, cepat berkedip mata bila terkena simbahan cahaya flash. Bila klien nampak kita sedang memfokuskan kamera ke arahnya, mulalah dia serba tak kena, malu, senyum kontrol. Ini semua kerana TIDAK BIASA.

50 shots pertama / 15 minit pertama. Apabila segala peralatan kamera jurugambar dah sedia, mulakan shoot anda. Bukak flash. 50 shot pertama ni adalah untuk membiasakan klien dengan kehadiran kita sebagai jurukamera, atau dengan kata lain, intercourse. Biarkan dia biasa dengan kita sebagai jurugambar, biasakan dia dengan bunyi petikan kamera dan cahaya flash.

Kesimpulannya, ini adalah untuk memudahkan kerja jurugambar dan pengantin itu sendiri. Pendedahan awal yang kita berikan tadi, sebenarnya untuk membuang rasa kejung dan kaku pengantin terhadap jurugambar/kamera/flash. Tugas jurugambar akan menjadi lebih mudah, kerana pengantin/klien mula biasa dengan kamera.

Hasilnya, ekspresi klien/pengantin akan lebih natural, lebih santai, lebih selesa.

Ini adalah antara salah satu skill PR yang baik untuk kita praktikkan sebagai jurugambar.

Terima kasih.

Azminorazmi untuk fototeacher.com

June 26, 2008 Categorized under Sembang

Nama saya bukan Encik Adan…

Nama saya Hasnuddin dan saya adalah pengasas Adan Impresif yang membawa jenama Adan.

Selalu la jugak orang panggil saya Encik Adan. Kadang-kadang ada jugak yang panggil saya Encik Adnan atau Encik Adam. Kadang-kadang, tak sampai hati nak perbetulkan orang yang salah panggil nama saya tu. Jadi, adakalanya, saya iakan saja. Sedap jugak apa nama Encik Adan…

Sebelum ni, saya tak pernah terfikir bahawa ada orang bernama Adan. Nama Adan tu saya dapat dari Kamus Dewan. Semasa nak register company baru, saya tak ada idea nama apa nak bubuh. Jadi, saya bukak Kamus Dewan dan cari nama yang sedap dengan makna yang sedap. Memang selalulah orang tanya – “Adan tu nama siapa?” atau “Adan tu makna apa?”.

Adan tu maknanya syurga. Perkataan Adan ni berasal dari Bahasa Arab tetapi telah diterima sebagai Bahasa Melayu.

Orang memang selalu akan anggap nama syarikat itu adalah sama dengan nama pemilik syarikat. Adan dipunyai oleh Encik Adan. Saya juga pengasas fototeacher.com. Nasib baiklah belum ada orang panggil saya Encik fototeacher

Hasnuddin

June 25, 2008 Categorized under Report AFD

Report – Kursus Asas Fotografi Digital 14-15 Jun 2008

 

afd14-15jungroupphotoresized.jpg
Para peserta bergambar bersama penceramah – Encik Kaharuddin Bin Samad. Untuk download gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAFD14-15Jun08Large.jpg

Kursus Asas Fotografi yang lepas telah disampaikan oleh Encik Kaharuddin Samad, Ketua Jurugambar Berita Publishing. Beliau telah dibantu oleh Saudara Azminorazmi. Saya cuma sempat hadir beberapa jam sekadar melihat-lihat. Saya tidak dapat mengajar pada kursus kali ini kerana ada tugasan lain yang tidak dapat dielakkan. Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan kursus kali ini. Berikut adalah antara beberapa testimoni dari para peserta:

“Walaupun saya telah kenal DSLR hampir 2 tahun, namun dengan hadir kursus ini, banyak lagi yang saya dapat ‘improve’. Pencermah dan pembantunya tidak lokek ilmu.”
Hasirol Azuan Hamid

“Proses pembelajaran secara umumnya untuk asas fotografi adalah sangat baik. Penyampaian penceramah tepat pada maksud dan memberi banyak pendedahan.”
Ewan T.S.

“Penjelasan yang terang dan jelas di samping pengetahuan dan pengalaman penceramah yang meluas menyumbang kepada kejayaan program ini.”
Lam Chee Siong

“Saya amat berpuas hati dengan program ini. Boleh faham dalam 100% asas fotografi.”
Kamal Redzwan Rasyid

“Kursus yang amat menarik dan ia juga satu pelaburan yang berbaloi.”
Hashem

“Puas hati sangat…”
Suffian Mohd. Yusoff

“Ilmu dan pengetahuan yang sangat penting dan berguna untuk kami pencinta bidang fotografi”
Syed Mohd. Razal B. Syed Othman

“Kursus yang diadakan begitu menarik dan dapat meningkatkan kualiti gambar.”
Mohammad Sazmi B. Selamat

“Persediaan untuk kursus ini baik, khususnya untuk mempertajamkan lagi kemahiran yang sedia ada.”
Mahsen B. Jam

“Satu kursus yang banyak membantu kepada pelajar-pelajar baru seperti saya mahupun pelajar pertengahan dalam bidang ini.”
Mohamad Rahfidi B. Yusoff Azardin

“Skop pembelajaran untuk program ini adalah sangat baik. Sangat sesuai untuk ‘beginner’ dalam fotografi digital.”
Ezuan Ibrahim

“Kursus AFD banyak memberikan maklumat untuk saya meningkatkan tahap kawalan kamera dan memaksimumkan penggunaannya.”
Fadluden Ahmad

“Sepanjang saya mengikuti kursus ini banyak perkara yang saya dapat pelajari. Ini membantu saya dalam penghasilan gambar yang lebih berkualiti. Saya amat berpuas hati dengan kursus yang dijalankan ini.”
Abd. Rahim Bin Thamrin

Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang telah hadir. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Hasnuddin

June 23, 2008 Categorized under Review

11 TIPS MERAKAM GAMBAR KANDID

Saya terjumpa satu artikel menarik tentang cara untuk rakam gambar kandid. Antara tips tersebut:

  1. Bawa kamera anda kemana saja anda pergi
  2. Guna lensa panjang
  3. Jangan guna flash
  4. Rakam gambar sebanyak yang boleh
  5. Dapatkan posisi yang terbaik

Untuk membaca tips seterusnya dan mendapatkan penerangan terperinci untuk setiap tips, sila layari laman web Digital Photography School di – http://digital-photography-school.com/blog/11-tips-for-better-candid-photography/

P. S. – Jika anda ada sebarang bahan menarik dari laman web lain yang ingin dikongsi di sini, sila hantarkan e-mail kepada fototeacher@gmail.com

Hasnuddin

June 23, 2008 Categorized under TANYA HASNUDDIN

TANYA HASNUDDIN – PANDUAN TENTANG LENSA

Berikut adalah 2 soalan dari Saudara Mohamad Rahfidi Yusoff dan dijawab oleh saya:

SOALAN 1
Bolehkah lensa jenis lain seperti Tamron dan Sigma digunakan pada kamera Nikon D60 saya.
JAWAPAN:  Boleh, asalkan anda perlu pastikan lensa dari jenama tersebut  dibuat untuk jenama Nikon. Sila lihat pada kotak lensa tersebut atau tanya kepada penjual lensa. Jenama seperti Tamron, Sigma, Tokina dan sebagainya dikenali sebagai ‘third party lens maker’. Mereka membuat lensa untuk kegunaan kamera dari jenama lain seperti Nikon, Canon dan sebagainya.

SOALAN 2:
Apakah yang dimaksudkan IF dan ED itu.
JAWAPAN: IF bermaksud ‘Internal Focusing’ dimana, ketika memfokus, bahagian luar dan hadapan lensa tidak berpusing. Lensa IF ini memudahkan bila kita menggunakan filter polarizer (screw in type) atau ketika merakam gambar close-up supaya lensa tidak ‘terlanggar’ subjek ketika sedang memfokus. ED pula bermaksud Extra-low Dispersion yang merujuk kepada jenis kanta yang digunakan dalam penghasilan lensa telephoto. Fungsi kanta ED ini ialah untuk mengurangkan ‘chromatic aberration’ (Satu kecacatan dimana  cahaya berbeza tidak bertemu pada satu titik yang sama). Pendek kata, IF dan ED ini ialah ciri yang menunjukkan ketinggian kualiti sesuatu lensa dan tentunya harganya juga mahal sedikit dari lensa tanpa ciri ini.

250px-chromatic_aberration_comparison.jpg

Gambar atas – tanpa chromatic aberration. Manakala gambar bawah menggunakan lensa tanpa ED yang menghasilkan kecacatan chromatic aberration.

Hasnuddin

June 22, 2008 Categorized under Relaks

Hakikat Jurugambar Berani Mati

Pada entry yang lepas, saya ada menyiarkan gambar seorang jurugambar yang membuat ‘lompatan maut’ di atas jurang di Grand Canyon. Gambar tu agak meragukan keasliannya. Gambar yang saya maksudkan ialah gambar di bawah:
realpicture.jpg

Seorang pengunjung blog ini – Alchemist memberitahu saya, bahawa ada kisah disebalik gambar ini. So, saya pun carilah di internet maklumat yang berkaitan. Saya dapati, gambar ni bukanlah gambar tipu, tapi separuh benar :-)

Sebenarnya, 2 batu besar tu bersambung di bawahnya. Kalau jurugambar yang melompat tu terjatuh, dia taklah jatuh tinggi sangat. Sekurang-kurangnya dia masih boleh hidup. Untuk lebih faham, bagaimana sebenarnya rupa batu tu, lihat gambar di bawah ini yang dirakam dari sudut lain:
grandcanyon.jpg

Ada pulak seorang photographer lain, yang rakam gambar di tempat yang sama dan suruh seorang budak lompat kat situ:
budaklompat.jpg

Jadi, dari segi fotografi, gambar ni telah menunjukkan aksi yang mendebarkan hanya menggunakan teknik komposisi gambar. Menurut jurugambar yang merakam gambar yang kontroversi ini, beliau tidak berniat untuk menipu kerana beliau tidak perasan yang batu itu bercantum di bawahnya. Beliau juga bukan orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut di internet.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web:
http://truthorfiction.com/rumors/g/gcdaredevil.htm
http://www.hoax-slayer.com/grand-canyon-leap.shtml
http://www.flickr.com/photos/hansvandevorst/216200392/in/set-72157594222213140/

Hasnuddin

June 21, 2008 Categorized under Tips

Titik Pandangan

Titik Pandangan
Oleh: Aminorazmi untuk fototeacher.com

 

Titik pandangan ialah kedudukan dari mana kita merakamkan gambar subjek. Ini adalah antara perkara penting dalam komposisi. Tetapi, tidak ramai diantara kita yang benar-benar mengambil kira sepenuhnya mengenai perkara ini.

Sebagai contoh, apabila kita mengambil gambar sesuatu subjek, kita harus tanya diri kita, berapa banyak kita perlu bergerak di sekitar subjek tersebut untuk mencari sudut yang paling baik ?

Kita perlu cuba merakam gambar subjek dari pelbagai sudut yang berbeza. Tindakan ini akan menghasilkan 2 perbezaan yang ketara dari segi:

1) Latarbelakang
Kita akan mendapat latarbelakang yang berbeza setiap kali kita merakam gambar dari titik pandangan yang berbeza seperti eye-level, low angle dan high angle.

pengntin1.jpg
Gambar dengan titik pandangan rendah

pengantin2.jpg
Gambar dengan titik pandangan tinggi

2) Kesan pencahayaan
Bila kita merakam gambar dari titik pandangan yang berbeza, kita juga akan dapat kesan pencahayaan yang berbeza. Dengan mengubah titik pandangan, kita akan dapat pelbagai kesan pencahayaan berbeza seperti side lighting, rim lighting, back lighting dan sebagainya.

rimlight.jpg
Contoh gambar dengan kesan cahaya rim light

saleem.jpg
Contoh gambar dengan kesan cahaya rim light dan side light

Sekiranya kita melakukan sedikit pemerhatian, pemilihan sudut titik pandangan juga menyebabkan jurugambar memilih menggunakan pelbagai alat seperti tangga, kren dan sebagainya bagi mendapatkan sudut yang berbeza dan menarik.

Pendek kata, sebagai jurugambar, kita harus mengeksplorasi kepelbagaian titik pandangan ini untuk menjadikan kita seorang jurugambar yang mampu menghasilkan gambar yang unik.

P.S – Pendaftaran masih dibuka untuk Bengkel Portable Flash yang akan diadakan pada 28-29 Jun 2008 ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

June 20, 2008 Categorized under Fikiran

Gambar Seni – Pejabat Bankrap

Pejabat yang telah bankrap pun boleh jadi satu subjek fotografi yang sungguh menarik.

Apabila Mr. Toledano merakam suasana pejabat yang telah ditinggalkan ini, beliau berkata – “Everywhere I went I found signs of life, interrupted”. Terjemahannya lebih kurang – “Kemana pun saya pergi, saya jumpa tanda kehidupan yang telah terganggu”

Ini adalah salah satu gambar menarik yang dirakam di salah sebuah pejabat yang telah ditinggalkan, setelah perniagaannya diisytiharkan muflis.
bankcrupt-office1.jpg

Untuk melihat keseluruhan koleksi dalam siri ini, sila layari laman web Mr. Toledano di – http://mrtoledano.com/frame_bankrupt.php

Jadi, sekarang ni, mari kita fikir-fikirkan apa agaknya subjek biasa yang kita tak pernah terfikir sebelum ni yang ada potensi untuk dijadikan gambar yang menarik…

Hasnuddin

Untuk kursus fotografi, sila layari laman web kami – http://www.fototeacher.com

June 20, 2008 Categorized under Personal

Surat Yang Membakar Semangat

Saya ingin siarkan satu e-mel yang dihantar kepada saya. Kira macam testimoni jugaklah ni. Bukanlah nak bangga diri, tapi saya perlu yakinkan bakal peserta kursus fototeacher bahawa, kami akan buat yang terbaik untuk anda. Berikut adalah kandungan e-mel tersebut:

Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan yg telah dicapai oleh fototecher. Saya juga merasa bangga kerana banyak belajar dari kursus yang telah saya ikuti sungguhpun pada mulanya saya sebenarnya buta tentang fotografi, lebih lebih lagi tentang istilah yang sering digunakan.

Hari ini saya sudah boleh memahami dan belajar sedikit sebanyak melalui majalah dan boleh memahami apa yang tersirat di sebalik gambar yang cantik.

Saya merasa terharu dan bangga menjadi murid kepada En. Hasnuddin, kerana dari tunjuk ajar En.Din, menjadikan saya lebih yakin sebagai seorang yang baru berjinak2 dengan fotografi. Secara keseluruhannya, semasa kursus tempoh hari saya amat berpuas hati dengan layanan, makanan dan pengendalian kursus yang dijalankan.

Cuma satu yang saya harapkan agar selalulah update blog. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Boring jugak kalau tak ada cerita baru. ‘fototecher.com is my favorite blog’. Kalau boleh saya juga ingin menjadi seperti En. Din.

Terima kasih & salam hormat.

Puan Nurhayati Abd. Latif,
Tawau, Sabah.

Mesej penghargaan sebegini sememangnya menaikkan semangat kami untuk terus berusaha. Jika ada kritikan yang membina, kami juga terima dengan fikiran terbuka. Jika ada aduan tidak puas hati, kami akan betulkan kesilapan kami. Terima kasih kepada anda semua yang terus bersama kami.

P.S. – Puan Nurhayati adalah bekas peserta Bengkel Portable Flash yang lepas. Jika anda ingin sertai Bengkel Portable Flash yang akan datang, sila ke – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin

 

June 20, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

PHOTO WEEK DI MAJU JUNCTION

PHOTO WEEK DI MAJU JUNCTION
Oleh Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com

Baru- baru ini saya berkesempatan mengunjungi Photo Week yang berlangsung di Maju Junction. Program yang berbentuk pameran, fashion show, photo talk dan juga pertandingan fotografi diadakan dari 12 sehingga 15 Jun 2008. Pameran ini diadakan dengan kerjasama PROFOTO dan pihak Maju Junction Mall.

Program ini turut dijayakan oleh ASFON, PHOTO MALAYSIA, Bintang Maju, UiTM, dan beberapa pihak lagi. Photo Talk dikendalikan oleh PROFOTO yang mana beberapa orang photographer yang pro dalam bidang masing-masing telah berkongsi banyak tips dan panduan yang sangat berguna kepada photographer junior. Antara photographer yang yang terlibat dalam photo talk termasuklah Salim Mat Dom (ASFON), Bazuki (Reuters), Lim Hock Seng, UiTM, Ted Adnan dan Din Arshad.

Tetapi saat yang paling ditunggu-tunggu oleh photographer ialah sesi Model Shooting Contest. Sesi ini digunakan sebaiknya oleh photographer untuk menguji tahap skill masing- masing. Dan dalam sesi ini juga dapat saya lihat beberapa orang photographer menggunakan aksesori yang jarang saya lihat sepanjang saya minat dengan fotografi ni. Memang meriah semasa sesi ini berlangsung.

Walaupun program ini berlangsung cuma 4 hari sahaja, tetapi pengisian dalam program ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada photographer menambah ilmu dan pengalaman lagi.

Mohd Firdaus Bin Abu Hassan untuk fototeacher.com

IKUTI BENGKEL PORTABLE FLASH DI SINI – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

June 18, 2008 Categorized under Relaks

Jurugambar Berani Mati

Gambar-gambar suspens ini dipanjangkan kepada saya oleh Baidura Iskandar (Terima kasih) Saya harap gambar ni gambar asli, bukan gambar helah. Menurut keterangan yang diberikan, gambar ini dirakam oleh Hans Van De Vorst dari Netherlands.

011.jpg

02.jpg

03.jpg

04.jpg

Menurut Hans Van De Vorst, Jurugambar di dalam gambar ini sedang merakam gambar matahari terbenam di Grand Canyon. Setelah selesai merakam gambar, dia pun dengan selamba, membuat lompatan maut di atas jurang yang sangat tinggi itu. Yang menariknya, jurugambar ini cuma memakai sandal dan membuat lompatan sambil memegang kamera, tripod dan sebuah beg plastik. Kedalaman jurang tersebut adalah kira-kira 3,000 kaki!

Ini memang betul-betul punya hardcore photographer. Ini baru namanya hidup dan mati dalam fotografi :-)

Terima kasih Baidura Iskandar yang sudi berkongsi cerita dan gambar ini dengan kita semua. Jika anda ada bahan menarik yang hendak dikongsi di sini, sila hantarkan e-mel kepada fototeacher@gmail.com

Hasnuddin

June 17, 2008 Categorized under Berita & Pengumuman

Statistik Pelawat Laman Web & Blog fototeacher.com

Jumlah pelawat pada bulan May 2008 – 5,827 orang
Purata pelawat sehari – 187.97 orang
Jumlah pelawat paling ramai dalam satu hari – 415 orang

statft.jpg

Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya mencapai target pelawat yang dikehendaki. Kami juga mendapat sambutan yang baik terhadap langganan newsletter percuma kami yang setakat ini telah berjumlah 2,186 orang. (http://www.fototeacher.com/subscribe.htm)

Untuk hujung tahun 2008, kami mensasarkan bilangan pelawat lebih dari 15,000 orang sebulan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ini.

Hasnuddin

June 16, 2008 Categorized under TANYA HASNUDDIN

TANYA HASNUDDIN – CARA BINA LAMAN WEB

SOALAN:

Assalamualaikum,

Saya ingin meminta pendapat Abg Din mengenai laman web fotografi. Untuk perniagaan dalam fotografi :

1.Apakah perkara wajib yang perlu ada dalam laman web kita selain gambar?

 

2.Untuk “Domain name”, adakah sesuai menggunakan nama sendiri (contoh: www.sipulan.com) atau nama subjek lain (contoh: Adan sendiri menggunakan www.adan.biz)? Apakah nama yang sesuai pada pandangan Abg Din dari sudut perniagaan?

 

3. Laman web yang manakah lebih sesuai untuk perniagaan, menggunakan “Flash” atau laman web biasa yang tidak menggunakan Flash?

Pendapat daripada Abg Din amat dialu- alukan. Terima kasih.

-Ijam-

www.ufofoto.com

http://ufophotography.fotopages.com/

 

 

 

 

 

JAWAPAN:

 

Waalaikummussalam,

 

Ijam, terima kasih kerana bertanya soalan yang bernas ini. Saya bukanlah orang yang paling layak untuk jawab soalan ini sebab ianya berkaitan dengan internet marketing. Tetapi, saya suka untuk kongsi pengalaman saya sekadar yang saya tahu.

 

Jawapan pertama:

Saya rasa, selain dari gambar, perkara penting yang mesti ada dalam laman web kita ialah apa saja yang menunjukkan kredibiliti kita. Tunjukkan yang kita ini telus, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Ini boleh ditunjukkan dengan cara, antara lain – meletakkan gambar muka kita di dalam laman web, nombor telefon talian tetap, alamat tempat beroperasi, testimoni dari pelanggan, bukti pencapaian kita seperti artikel atau gambar yang pernah tersiar dalam media cetak, rakan niaga kita, persatuan yang menaungi kita dan sebagainya.

 

Jawapan kedua:

Samada nak guna nama sendiri atau nama syarikat untuk domain name, terpulang kepada matlamat dan strategi kita sendiri dalam perniagaan. Jika menggunakan nama sendiri, agak sukar untuk delegate job yang masuk. Contohnya, kalau nama domain ialah Ali Photography, orang biasanya akan harap, Ali sendiri yang akan datang mengambil gambar. Kalau kita guna nama syarikat seperti Canggih Photography, pelanggan akan bayangkan, syarikat itu ada sepasukan jurugambar yang sama hebat.

 

Jawapan ketiga:

Saya secara peribadi tidak suka laman web yang menggunakan ‘Flash’. Ada 2 sebab. Pertama sebab Search Engine tidak dapat baca data dalam laman web kita. Jadi, susah orang nak search dan laman web kita susah nak dapat penyenaraian tertinggi di dalam Search Engine. Sebab kedua, laman web yang menggunakan ‘Flash’ biasanya akan ambil masa untuk loading. Bukan semua orang ada komputer yang laju dan orang sekarang tak suka menunggu. Jadi, cadangan saya, guna saja laman web dengan asas html, tapi pastikan tetap nampak cantik.

 

Saya harap, jawapan saya dapat membantu. Kalau nak belajar lebih banyak mengenai internet marketing, bolehlah rujuk laman web www.irfankhairi.com

 

Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di – http://fototeacher.com/blog/?page_id=4

Hasnuddin

June 13, 2008 Categorized under Fikiran

fototeacher – Antara Kualiti & Harga…

Rakan-rakan yang dihormati,

Saya terpanggil untuk menulis kerana baru-baru ini saya mendapat beberapa e-mel yang meminta kami mengurangkan harga kursus yang kami anjurkan. Tambahan pula, ketika ini ramai pihak di luar sana yang menganjurkan kursus yang hampir sama dengan harga yang lebih murah. Saya harap anda semua bandingkan ‘harga’ kami secara adil. Walaupun harga yang diletakkan oleh fototeacher agak tinggi, tetapi, kami memberikan banyak nilai tambah kepada setiap wang yang anda keluarkan. Antaranya ialah:

  1. Tenaga pengajar utama untuk kursus kami adalah terdiri dari jurugambar profesional yang berpengalaman sekurang-kurangnya 1o tahun dalam bidang fotografi. Bayangkan 10 tahun pengalaman ini diringkaskan dan dicurahkan kepada anda. Tenaga pengajar kami juga terdiri dari jurugambar yang mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi.
  2. Pengalaman kami mengendalikan kursus juga harus diambil kira sebagai sesuatu yang bernilai untuk anda. Setakat ini, kami telah mengadakan lebih dari 15 Kursus Asas Fotografi Digital. Syllabus pelajaran kami sentiasa diperbaiki hasil dari maklum balas para peserta kursus. Ini bermakna, kursus yang kami adakan lebih berkualiti setiap masa, sedangkan, harganya tidak banyak berubah.
  3. Syllabus kami lebih realistik dan kukuh. Kami hanya mengajar beberapa subjek paling penting secara mendalam. Kami akan pastikan anda faham. Tidak ada gunanya jika kami mengajar 20-30 tajuk, tetapi anda tidak sempat menyerap apa yang diajar dan akhirnya anda tidak dapat apa-apa ilmu. Kami percaya, asas fotografi yang kuat adalah amat penting untuk anda. Pilihlah kursus yang berkualiti. Jangan kerana hendak berjimat beberapa ratus ringgit, akhirnya anda tidak dapat apa yang diharapkan.
  4. Kami bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan anda faham akan apa yang disampaikan. Untuk Kursus Asas Fotografi Digital, kami mewajibkan peserta menjawab soalan kefahaman selepas setiap topik bagi menguji tahap kefahaman. Bimbingan tambahan akan diberikan serta merta jika didapati ada perkara yang masih tidak difahami. Kami juga menyediakan khidmat sokongan selepas kursus dimana para peserta boleh bertanya soalan melalui blog fototeacher.com. Bukan setakat itu sahaja, dengan bayaran minimum, kami turut tawarkan kepada peserta supaya hadir untuk kursus seterusnya jika ingin menguatkan lagi kefahaman.
  5. Selain dari itu, kami memberikan penekanan kepada situasi pembelajaran yang memberangsangkan. Ini termasuklah bilik latihan yang kecil (maksimum 20 0rang), persembahan nota melalui projektor, demonstrasi langsung di skrin TV dan pemberian nota yang padat kepada setiap peserta.

Saya harap, anda dapat membuat pertimbangan yang bijak dalam memilih kursus yang ingin dihadiri. Tentu anda tidak mahu hadir satu kursus yang murah tetapi hambar, lalu terpaksa mengikuti kursus lain. Jika jadi begini, kos yang dikeluarkan adalah jauh lebih mahal.

P.S. – Jangan lupa untuk ikuti Bengkel Portable Flash yang akan datang. Kursus unik ini tidak akan diadakan selalu. Sila klik – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin.