 | |  |
|
| |
April 28th, 2008


Impressive Albums adalah penjual album gambar berkualiti tinggi khas untuk jurugambar. Apa yang menarik mengenai Impressive Albums ialah:
- Rekaan album yang menarik dan berkualiti tinggi sesuai dengan citarasa jurugambar profesional
- Mempunyai pelbagai pilihan saiz album, format, rekaan dan jenis mukasurat dengan banyak stok tersedia
- Perkhidmatan penghantaran terus kepada anda turut disediakan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nieza di 03-91017144 atau e-mel impressivealbums@gmail.com
Anda juga boleh terus membeli album dari mereka secara online di laman web - http://www.impressivealbums.com
Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 25th, 2008
Jurugambar yang dimaksudkan ialah saudara Bustamam Mokhtar yang pernah dijemput fototeacher.com untuk PHOTO TALK - FASHION PHOTOGRAPHY tidak lama dahulu. Petikan dari artikel yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian:
“MENGAMBIL gambar mungkin kerja mudah, tetapi menghasilkan gambar yang mampu berbicara atau memberikan impak sehingga dikagumi ramai bukanlah semudah seperti memetik jari. Namun, Bustamam Mokhtar, 38, sudah pun membuktikan setiap gambar yang dirakam di lensa kameranya mempunyai magis tersendiri.
Berpengalaman 13 tahun dalam bidang fotografi dan melalui kerja fesyen yang ditonjolkan, Bustamam boleh dikatakan antara jurugambar yang berjaya membina standard baru bagi majalah fesyen di Malaysia. Tiga daripada kulit sebuah majalah fesyen tempatan yang dihasilkannya berjaya memenangi anugerah emas dan perak bagi Magazine Publishers Association of Malaysia Awards.
Wajah terkenal yang pernah menjadi rakaman lensa Bustamam pula termasuklah, peragawati antarabangsa, Lin Tan; artis antarabangsa Michele Yeoh dan Anita Sarawak serta penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza…”
Untuk membaca artikel penuh, sila layari - http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Citra/20080423083208/Article/
Antara gambar rakaman Bustamam Mokhtar:

April 24th, 2008

Rakan saya, saudara Ikram Ismail adalah salah seorang jurugambar yang amat saya kagumi. Beliau berpengalaman luas dalam bidang fotografi dan mempunyai gaya tersendiri dalam setiap gambar yang dihasilkan. Saya rasa, anda tentu setuju dengan saya jika anda melihat sendiri portfolio beliau dalam laman web - http://ikramismail.net/
Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 23rd, 2008

Inilah dia gambar para peserta Kursus AFD 5 & 6 April yang lepas. Untuk download gambar bersaiz besar, sila ke - http://fototeacher.com/afd5&6april2008groupphotolarge.jpg
April 21st, 2008
Saya terpanggil untuk siarkan sekeping gambar potret yang saya rakam untuk dikongsi bersama. Ini susulan dari perbincangan gambar dari saudara Kalam sebelum ini dan beberapa pertanyaan yang saya terima berkenaan rakaman gambar potret. Di sini, ingin saya kongsikan beberapa tips untuk rakam gambar potret.

3 ciri penting dalam merakam gambar potret seperti di atas:
- Ekspresi wajah dan pose yang natural.
Ini bukan perkara mudah untuk dicapai. Perlu banyak latihan. Dalam gambar di atas, saya telah ‘membiasakan’ diri saya dengan subjek sejak beliau mula mekap. Ini untuk memastikan subjek tidak malu dan kekok dengan kita. Gambar di atas dipilih dari ratusan gambar potret yang dirakam untuk subjek ini sahaja. Untuk pose ini sahaja, di tempat yang sama, saya merakam lebih dari 30 keping gambar. Ini adalah gambar yang terbaik yang dipilih.
- Pencahayaan yang baik
Untuk dapatkan pencahayaan lembut dan sekata seperti gambar di atas, saya menggunakan satu unit flash yang dipantulkan ke syiling dan satu reflector yang diletakkan di hadapan subjek untuk mengurangkan lagi bayang yang ada.
- Latarbelakang yang baik
Saya suka gunakan latar belakang yang plain dan tidak berserabut dalam merakam gambar potret. Latar belakang yang sebegini boleh menyerlahkan lagi subjek yang dirakam. Saya menggunakan lensa telephoto dengan penggunaan aperture yang besar untuk dapatkan kesan shallow depth of field. Ini untuk menjadikan hanya subjek sahaja yang tajam dalam gambar, manakala latar belakang menjadi kabur.
Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 17th, 2008

Gambar oleh: Kalam
http://kalam3630.fotopages.com/
MAKLUMAT GAMBAR:
Camera Model Name: Canon EOS 400D DIGITAL
Tv(Shutter Speed): 1/160Sec.
Av(Aperture Value): F10
Metering Modes: Split metering
Exposure Compensation: 0
ISO Speed: 400
Focal Length: 35.0 mm
Flash: Off
KOMEN SAYA:
Maaf saya terpaksa katakan, gambar ni tidak cukup menarik. Ada banyak kelemahan pada gambar ini. Pada pedapat saya, kelemahan tersebut ialah:
- Ekspresi wajah subjek yang kurang menarik.
Ekspresi wajah sangat penting. Untuk rakam gambar potret, jurugambar perlu memastikan subjeknya dalam keadaan yang selesa dan berkeyakinan untuk memberikan ekspresi yang natural. Dalam gambar ini, subjek nampak agak kekok. Untuk lebih fahami mengenai cara rakam gambar potret, sila baca artikel saya di - http://fototeacher.com/blog/?p=55
- Pose yang tidak menarik
Pose memainkan peranan penting dalam merakam gambar potret. Pose ialah kedudukan atau gaya bahagian badan subjek kita. Subjek dalam gambar ini berada dalam kedudukan yang kurang natural dan kelihatan agak membongkok. Pelajari teknik pose dengan memperbanyakkan melihat gambar-gambar potret oleh jurugambar yang hebat. Komunikasi jurugambar juga penting untuk mendapatkan pose subjek yang baik.
- Latar belakang yang berserabut.
Untuk gambar potret, subjek perlulah menonjol dari latarbelakang. Latarbelakang seeloknya dikaburkan dengan menjadikannya out of focus dengan menggunakan teknik depth of field. Latarbelakang sepatutnya membantu menaikkan dan mencantikkan lagi subjek, bukan mengganggu tumpuan mata kita pada subjek. Dalam gambar ini, grill pagar dan tingkap rumah kelihatan tidak sesuai dalam gambar. Anda patut mencari sudut lain untuk mendapatkan latar belakang yang lebih membantu.
- Penggunaan lensa yang tidak sesuai.
Untuk merakam gambar potret sebegini, lensa yang sesuai digunakan adalah lensa telephoto. Lensa telephoto mengurangkan distortion pada wajah subjek serta memberikan depth of field yang sempit. Depth of foeld yang sempit ini amat membantu untuk menyerlahkan subjek dari latar belakang.
- Pencahayaan yang kurang baik.
Jika dilihat betul betul, cahaya yang kena pada muka subjek agak kurang sekata. Ini mungkin disebabkan subjek duduk di bawah pokok. Daun daun dan ranting pada pokok yang tidak seragam, menyebabkan cahaya matahari yang melepasinya kelihatan tidak sekata. Saya rasa, kesan cahaya begini tidak sesuai untuk subjek ini. Anda sepatutnya memperbaiki masalah ini dengan menggunakan reflector atau fill in flash atau ubah posisi subjek supaya berada di tempat yang mempunyai kesan cahaya yang lebih baik.
Nasihat saya - anda perlu banyakkan melihat gambar-gambar potret dalam majalah atau internet untuk pelajari dan fahami tentang ekspresi, pose dan pencahayaan. Banyakkan merakam gambar orang-orang yang anda kenali dengan rapat sebagai latihan sebelum anda merakam gambar potret pelanggan sebenar.
Saya harap penjelasan saya ini dapat membantu untuk memperbaiki kualiti gambar anda pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar dengan lain-lain pembaca blog ini.
Sekiranya, ada pembaca lain yang ingin memberikan pendapat, sila tuliskan pada ruangan komen di bawah.
Hasnuddin
PHOTOGRAPHY LEARNING CENTRE - http://www.fototeacher.com
Jika anda ingin gambar anda disiarkan di sini dan diberikan komen, sila hantarkan melalui segmen ONLINE PHOTO IMPROVEMENT. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini - http://fototeacher.com/blog/?page_id=131
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 14th, 2008
Kita relaks sekejap, kita tengok dulu gambar-gambar menarik ni. Gambar-gambar ini dikirimkan kepada saya melalui e-mel dari pengirim bernama Mumtaz:




Jika anda ada gambar, fakta atau cerita menarik untuk dikongsi bersama, sila hantarkan kepada fototeacher@gmail.com
Terima kasih.
Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 10th, 2008
Ini adalah artikel saya yang pernah disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin dan dalam beberapa forum fotografi tempatan. Artikel ini sesuai dijadikan panduan untuk anda menjelaskan ‘nilai’ khidmad jurugambar kepada pelanggan anda:
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
Hasnuddin.
AMARAN: DILARANG MENYIARKAN SEMULA MANA-MANA BAHAGIAN DARI ARTIKEL INI TANPA IZIN BERTULIS DARI PENULIS ARTIKEL. SILA HORMATI HAKCIPTA ORANG LAIN SEBAGAIMANA ANDA INGIN ORANG LAIN MENGHORMATI HAKCIPTA ANDA.
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 7th, 2008

Software FastStone ni diperkenalkan kepada saya oleh saudara Jaggat - http://www.jaggat.com
Macam-macam perkara yang boleh dibuat oleh software ni seperti - image viewing, management, comparison, red-eye removal, resizing, cropping, slide show dan banyak lagi.
Fungsi yang paling saya suka dan selalu pakai pada FastStone ni ialah untuk masukkan copyright text dan resize gambar dengan banyak sekaligus. Prosesnya mudah dan cepat.
Anda boleh cuba sendiri software ini untuk menilai keberkesanannya. Download secara percuma di - http://www.faststone.org/
Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
April 3rd, 2008

Gambar oleh: Hatim Salleh
http://www.flickr.com/photos/atim
KOMEN JURUGAMBAR:
“Saya cuba mempraktikan pemahaman saya tentang rules of third dan composition gambar. Maka saya mengambil KLCC sebagai subjek dan cuba mengaplikasi tetapi masih terasa kurang cantik dan perlu pembaikan. Selain itu penggunaan exposure pd kamera masih agak tidak mahir.”
KOMEN SAYA:
Bagi saya, gambar ni OK. Maksudnya, kalau ikut markah tu, sekadar lulus. Dari segi komposisi, saya kira gambar ni menepati rule of third. Kelemahan dalam gambar ni ialah kontras dan color. Gambar ni kelihatan flat. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca agak mendung ketika gambar dirakam serta exposure yang sedikit under. Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebaiknya gambar dirakam dalam keadaan cahaya yang cantik. Tak salah rakam gambar dalam keadaan mendung, tapi untuk gambar KLCC ni, saya rasa tak sesuai.
Nasihat saya: Pelajari dan fahami sifat cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari. Perhatikan kesan cahaya yang berbeza pada waktu subuh, pagi, lewat pagi, tengahari, petang, senja, mendung dan sebagainya. Setiap keadaan cahaya memberikan kesan cahaya yang berbeza. Subjek tertentu hanya sesuai dirakam dalam keadaan cahaya yang tertentu. Contohnya, tidak sesuai merakam gambar potret kanak-kanak di bawah panas terik (tanpa guna reflector atau fill-in flash) sebab bayang kuat dan cahaya yang keras. Karakter cahaya tengahari yang keras tidak sesuai dengan karakter kanak-kanak yang lembut. Tapi, kalau nak rakam gambar lelaki dan tunjukkan keperkasaannya, penggunaan cahaya matahari terik adalah bersesuaian. Sama macam gambar di atas, gambar KLCC yang gah, tak sesuai dirakam dalam cahaya yang mendung…
Walau apa pun, saya rasa Hatim mempunyai bakat dalam fotografi dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Yang penting, perlu terus banyakkan belajar.
Sekadar pendapat saya. Pastinya, dalam fotografi, setiap orang ada pendapat yang berbeza. Apa pendapat anda? Sila kongsikan bersama…
Hasnuddin
Jika anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke - http://fototeacher.com/blog/?page_id=131
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com
|
| |
 | |  |
|
|
|