TIPS MERAKAM GAMBAR INTERIOR

Dalam gambar ini, 3 sumber cahaya berbeza digunakan dan diadun secara seimbang. 3 sumber cahaya yang digunakan ialah cahaya semulajadi lampu tungsten dalam rumah, cahaya semulajadi waktu senja dan cahaya flash sebagai fill-in.

Subjek bahagian depan diterangi dengan menggunakan cahaya flash manakala subjek di latar belakang ‘dirakam’ dengan penggunaan cahaya sedia ada lampu tungsten dalam rumah tersebut.

Wajah subjek (Rizalman Ibrahim) diterangi menggunakan cahaya flash. Untuk melembutkan cahaya flash ini, diffuser besar berbentuk payung digunakan. Walau menggunakan flash, kecerahan subjek di latar belakang diimbangi dengan penggunaan shutter speed yang agak perlahan.

Dalam gambar ini, flash tidak dipancarkan dari depan, tetapi dari sisi kamera untuk menjadikan pencahayaan subjek lebih menarik.

Gambar dirakam dengan satu bounced flash. Subjek berdiri berhampiran dengan meja putih (yang bertindak sebagai reflector) yang membantu membalikkan cahaya ke wajah subjek. Ini dapat melembutkan bayang di bahagian bawah muka subjek.
Salam,
Rakan-rakan yang dihormati, ini ialah beberapa gambar interior yang saya rakam untuk Majalah Diva. Subjek gambar ini adalah gambar rumah pereka fesyen terkenal – Rizalman Ibrahim. Saya ingin kongsi sikit cerita & tips untuk merakam gambar interior macam ni:
- Antara cabaran dalam merakam gambar interior ialah untuk mendapatkan sudut yang sesuai. Tugas ini lebih sukar bila kita dalam tempat yang sempit. Biasanya, kita mudah melihat rekaan interior yang cantik dengan mata kita. Tapi, untuk mendapat pemandangan interior yang cantik di dalam kamera, adalah satu cerita yang berbeza. Maksud saya, untuk dapat gambar yang cantik, anda perlu cuba lihat dari banyak sudut berbeza dan melihat melalui focal length lensa yang berlainan. Ada sesetengah sudut yang tidak cantik dilihat dengan mata, tetapi cantik di dalam kamera. Begitu juga sebaliknya…
- Kadangkala, kita berhadapan dengan keadaan dimana, kita lihat interior tu cantik, tapi bila tengok melalui kamera, macam ada yang tak kena. Jadi, anda mungkin perlu ubah kedudukan beberapa barang dalam rumah itu. Anda juga mungkin perlu masukkan sesuatu objek yang sesuai untuk menjadikan gambar lebih menarik. Jangan takut untuk mengalih barang dalam rumah tersebut. Ini biasa dilakukan oleh jurugambar interior untuk mencantikkan lagi sesuatu pemandangan interior. Cuma anda perlu berhati-hati mengendalikan barang-barang yang mudah pecah.
- Walaupun keadaan agak gelap, cuba rakam gambar interior tersebut dengan menggunakan cahaya semulajadi yang ada untuk tunjukkan keadaan yang natural. Anda perlu gunakan tripod dalam keadaan cahaya yang malap (Shutter speed perlahan). Kalau boleh, cuma guna cahaya flash untuk ‘fill-in’ tempat-tempat penting yang masih gelap.
Untuk merakam gambar interior macam ni, elok kalau anda ada kemahiran dalam penggunaan flash. fototeacher.com akan mengadakan Bengkel Portable Flash tidak lama lagi. Anda akan diajar secara hands on sehingga faham. Bengkel meliputi kesemua asas penting dalam penggunaan flash. Kami menawarkan harga istimewa sebagai pengenalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html
Hasnuddin







