December 28th, 2007
Kali ni saya nak perkenalkan satu website salah seorang rakan saya (bekas anak murid fototeacher) iaitu Mat Jep. Beliau ni baru menubuhkan syarikat fotografi sendiri dan nampaknya, dah maju jugak bisnes dia ni. Anda boleh lihat laman web beliau di - http://candidexposure.fotopages.com/

December 15th, 2007

Penerangan mengenai teori beserta demo untuk asas teknikal fotografi oleh Hasnuddin

Demonstrasi dan latihan praktikal mengenai teknik komposisi, pencahayaan dan penggunaan lensa menggunakan model

Hasnuddin (penceramah utama) dan Affandi (pembantu penceramah) bergambar bersama peserta kursus
UNTUK MUAT TURUN GAMBAR DI ATAS DALAM SAIZ BESAR, SILA KLIK - http://www.fototeacher.com/niosh.jpg
Pada 10-13 Disember baru-baru ini, fototeacher.com telah mengadakan kursus selama 4 hari mengenai asas fotografi digital. Kursus yang diadakan di PERMATA PETRONAS ini telah dihadiri oleh lebih dari 20 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Peserta kursus ini adalah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam merakam gambar kemalangan sebagai bahan bukti ala CSI.
Kepada individu yang berminat untuk menghadiri kursus Asas Fotografi Digital anjuran fototeacher, sila dapatkan maklumat lanjut di laman web - http://www.fototeacher.com
Selain dari menganjurkan kursus di tempat kami, kami juga sedia menawarkan khidmat latihan fotografi melalui tempahan khas untuk syarikat swasta, jabatan kerajaan atau individu secara eksklusif dari harga RM 8,000 sehari dengan jumlah peserta maksimum seramai 30 orang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nieza di 03-91017144 atau e-mel fototeacher@gmail.com
Sales team,
fototeacher.com