rulururu

post TANYA HASNUDDIN - TIPS MERAKAM GAMBAR EVENT

November 27th, 2007

Filed under: TANYA HASNUDDIN — hasnuddin @ 8:37 pm

SOALAN:
“Saya selalu ditugaskan merakam gambar event oleh jabatan tempat saya bertugas. Masalah saya ialah saya sukar mendapatkan angle yang menarik untuk menggambarkan event tersebut. Harap saudara Hasnuddin boleh berikan tips untuk me
rakam gambar event.”
- Mohd. Firdaus

Mohd. Firdaus,

Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:

  1. Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.
  2. Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur.
  3. Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.

eventstips3.jpg
Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara

Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

  1. Untuk gambar event, biasanya, kreativiti bukanlah perkara paling utama. Apa yang penting, gambar mestilah tajam, cukup terang dan semuanya perlu straight forward. Ini kerana, gambar event biasanya dijadikan sebagai rekod sebagai rujukan pada masa depan.
  2. Pastikan anda mendapatkan ekspresi wajah yang baik. Elakkan merakam gambar orang yang tertutup mata, mulut ternganga dan sebagainya. Rakam wajah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain rakam wajah anda.
  3. Tunjukkan suasana dengan background yang bersesuaian. Sebaiknya rakamlah gambar orang dengan background yang boleh menceritakan event tersebut. Contohnya, rakam gambar orang dengan latarbelakang pentas utama, ini lebih baik dari merakam gambar orang dengan background dinding kosong.
  4. Gunakan komposisi dan sudut yang betul. ‘Buang’ perkara yang tidak membantu menceritakan event tersebut. Contohnya, dalam gambar anda, tidak perlu ada gambar kerusi kosong di belakang VIP. Juga ‘masukkan’ perkara yang boleh membantu menceritakan mengenai event. Contohnya, dapatkan gambar backdrop atau banner event tersebut sebagai latarbelakang.

eventstips.jpg
Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.

eventstips2.jpg
Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.

Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.

Hasnuddin

P.S. - fototeacher akan menganjurkan kursus lanjutan fotografi tidak lama lagi yang akan menekankan aspek artistik dan pelbagai teknik fotografi secara praktikal. Untuk diberitahu mengenai kursus ini sebaik dilancarkan, sila langgan newsletter dari fototeacher.com di http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

post KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL AKAN DATANG

November 8th, 2007

Filed under: Berita & Pengumuman — hasnuddin @ 7:45 am

Alhamdulillah, saya baru saja selesai menjalankan Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) baru-baru ini iaitu pada 29-30 Oktober 2007. Seramai 19 peserta telah turut serta dalam kursus 2 hari ini. Memang seronok dapat berkongsi ilmu bersama-sama peserta yang bersemangat macam diaorang ni!

Kursus AFD seterusnya akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada 24-25 November dan pada 29-30 Disember 2007 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi, kepada sesiapa yang tak berpeluang mengikuti kursus yang lepas, rebutlah peluang yang ada kali ini! Untuk maklumat lanjut kursus, sila layari - http://fototeacher.com/basicphotography.htm

Kepada mana-mana peserta kursus AFD sebelum ini yang rasa nak refresh balik apa yang telah dipelajari sebelum ni, saya jemput juga anda untuk datang kursus ni nanti. Cuma perlu bayar RM 50 sahaja untuk sesi ulangan!

Daftar segera, tempat terhad!

Hasnuddin

P.S. Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan akan diadakan pada 3-4 Disember. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://fototeacher.com/wedding.htm

P.P.S. Kelas Photo Improvement Class akan diadakan pada 17 November dan 22 Disember. Percuma untuk peserta AFD. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fototeacher.com/pic.htm

afd2930oktresized1.jpg
Gambar peserta Kursus AFD pada 29-30 Oktober 2007
Untuk mendapatkan gambar di atas dalam saiz besar, sila layari http://www.fototeacher.com/DIN_2989.JPG

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)