 | |  |
|
| |
September 28th, 2007
Semalam saya sempat jumpa kawan-kawan lama yang merupakan jurugambar-jurugambar yang berpengalaman dan hebat dalam bidang masing masing. Sebab dah lama tak jumpa, kami bersembang dari pukul 10 malam sampai dekat nak sahur baru balik. Yang hadir malam tu - Shahrul Azhar, Affandi, Mazlan Yunos dan Kamali. Anda mungkin tak pernah dengar nama mereka, sebab mereka ni low profile dan cuma dikenali oleh orang tertentu dalam industri/kepakaran masing-masing.
Saya tertarik bila seorang kawan saya ni (jurugambar yang specialize dalam interior photography) kata, “Aku tak takut sangat kalau nak shoot gambar interior rumah yang tak cantik. Apa yang aku takut, kalau nak shoot gambar interior yang memang dah cantik! Sebab, bila kita shoot gambar tempat yang memang dah cantik, tanggungjawab kita lagi berat, sebab kita kena ambik gambar tempat tu supaya tempat tu kelihatan lebih cantik dalam gambar!” Saya terdiam kejap…betul jugak cakap dia ni.
Kesimpulannya, tanggungjawab jurugambar memang berat untuk hasilkan gambar yang cantik. Harapan client terletak pada kepakaran jurugambar. Jurugambar perlu hasilkan gambar melebihi apa yang diharapkan oleh client. Dan, memang tak kira berapa bagus pun seseorang jurugambar tu, setiap kali nak shoot gambar yang penting, rasa nervous tu memang ada! Sebabnya ialah nak mengerjakan tanggungjawab yang besar tu dan bimbang kalau2 ada perkara di luar kawalan akan berlaku dan menggagalkan usaha menghasilkan gambar yang cantik.
Jadi, kalau anda rasa nervous sebelum ambik gambar untuk client, jangan risau….itu perkara biasa. Itu tandanya anda faham tanggungjawab anda dan anda sedang berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.
Hasnuddin
Belajar Fotografi - http://www.fototeacher.com
September 28th, 2007
Seperti yang diharapkan, saya dapat maklum balas yang baik dari pengunjung blog ini mengenai cadangan untuk memperbaiki blog fototeacher.com. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah memberikan feedback. Antara cadangan yang paling popular ialah:
1) Mengadakan live chat area
2) Galakkan pengunjung hantar gambar dan beri hadiah kepada gambar terbaik
3) Kurangkan harga kursus yang diadakan oleh fototeacher.com
4) Update blog dengan lebih kerap
5) Adakan kursus dan aktiviti untuk peminat fotografi di luar Kuala Lumpur
Idea2 ini dan ada beberapa lagi idea yang saya rasa amat bernas. Kami akan berusaha untuk merealisasikannya secara berasur-ansur tidak lama lagi.
Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada yang memberikan maklum balas.
Hasnuddin
Belajar Fotografi - www.fototeacher.com
September 27th, 2007
Pembaca yang dihormati,
Kami sedang dalam proses untuk memperkenalkan beberapa produk baru dan pengubahsuaian pada fototeacher.com
Dengan itu, saya memohon jasa baik dan kerjasama anda untuk memberikan komen/pandangan/cadangan/aduan mengenai Blog fototeacher.com ini. Feedback anda amatlah penting bagi kami ke arah memperbaiki perkhidmatan fototeacher.com.
Sila hantarkan komen anda kepada e-mail fototeacher@gmail.com
Usaha anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!
Hasnuddin.
September 25th, 2007

Erra Fazira - Photo By Bustamam Mokhtar, White Studio
Setelah sekian lama, akhirnya Bustamam Mokhtar telah melancarkan laman web rasminya - White Studio. Kepada yang masih belum mengenali Bustamam, beliau merupakan seorang jurugambar profesional yang mengkhusus dalam bidang fotografi fesyen. Banyak menimba ilmu di Jepun dalam bidang fotografi dan setelah itu berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan kini memiliki perniagaan fotografi miliknya sendiri.
Bustamam merupakan seorang jurugambar yang disegani dalam industri fesyen, penerbitan majalah dan pengiklanan di Malaysia. Studio fotografi White Studio milik beliau adalah merupkan diantara yang tercanggih dan terbesar di Malaysia!
Bustamam pernah mengadakan photo talk bersama fototeacher tidak lama dahulu. Tidak lama lagi, beliau juga akan mengadakan Kursus Profesional Fotografi Studio, anjuran fototeacher. Nantikan pengumuman lanjut dari pihak kami.
Untuk melawat laman web Bustamam - White Studio, sila klik - http://www.whitestudiokl.com
Hasnuddin
Fotografi Perkahwinan - http://www.adan.biz
Blog Adan - http://adanphoto.fotopages.com
Photography Learning Centre - http://www.fototeacher.com
September 22nd, 2007
SOALAN
Saya Ally, bekas peserta kursus Asas Fotografi Digital oleh fototeacher.com. Saya ada 2 pertanyaan:
1) Bagaimana untuk meletakkan harga bagi perkhidmatan merakam gambar majlis makan malam?
2) Bolehkah berikan saya tips untuk berkomunikasi dengan pasangan pengantin supaya mereka boleh memberikan pose yang menarik untuk saya merakam gambar potret mereka?
Terima kasih.
Ally,
Batu Pahat, Johor.
-
-
JAWAPAN:
Ally,
Terima kasih atas soalan anda. Cara meletakkan harga perkhidmatan ni panjang ceritanya. Tapi, saya ringkaskanlah di sini:
- Kira kos material yang digunakan (cetakan gambar, album dan sebagainya.
- Kira kos perkhidmatan berdasarkan jumlah masa yang terlibat (khidmat jurugambar, jumlah masa untuk berjumpa pelanggan, jumlah masa untuk berulang alik ke kedai gambar dan sebagainya)
- Setelah dapat berapa jumlah kos yang terlibat, mark-up harga supaya dapat untung. Berapa banyak nak mark-up bergantung kepada beberapa perkara lain. Tapi, yang penting sekali, anda boleh dapat job tersebut dan dapat untung yang anda rasakan berbaloi.
- Selain dari itu, pastikan juga anda mendapat bayaran! Sebaiknya, minta sedikit down payment dan full payment semasa semua gambar telah dihantar.
Untuk berkomunikasi dengan pengantin bagi mendapatkan pose yang baik, tips yang saya boleh berikan ialah:
- Jurugambar mesti terlebih dahulu study apakah pose yang sesuai untuk merakam gambar potret pengantin
- Sebelum jurugambar menenangkan dan memberikan keyakinan kepada subjek, jurugambar terlebih dahulu mestilah kelihatan tenang dan berkeyakinan. Kalau jurugambar nak suruh subjek senyum, jurugambar mestilah mengungkapkannya dalam senyuman juga.
- Berikan masa yang mencukupi untuk subjek bertenang
- Untuk berikan keyakinan kepada subjek, anda perlu memberikan sedikit tunjuk ajar cara untuk pose dan anda perlu puji subjek anda. Zaman digital ni lagi senang, bila anda dah shoot gambar subjek anda, tunjukkan gambar mereka dan katakan bahawa mereka kelihatan cantik dalam gambar dan katakan bahawa, dengan sedikit pengubahsuaian lagi, mereka akan kelihatan lebih cantik.
- Untuk memberikan mood yang baik kepada pengantin, anda perlu pujuk mereka jika mereka dalam keadaan gelisah atau marah. Katakan seperti ini - “Lupakanlah perkara tu…kita nak ambik gambar potret ni. Kalau anda marah-marah, nanti gambar tak cantik. Gambar ni nanti anak cucu nak tengok…”
- Jangan paksa kalau pengantin tidak boleh buat pose tertentu yang sukar. Rakam saja sebarang pose yang mudah asalkan subjek anda rasa selesa dan natural.
- Kalau pengantin kekok, terus saja rakam gambar beliau walaupun tak cantik. Setelah beberapa ketika, beliau akan mula berasa selesa dan dapat memberikan pose yang lebih natural.
- Komunikasi jurugambar dengan subjek memang sangat penting untuk rakaman gambar potret. Jurugambar yang rapat dengan subjek boleh menghasilkan gambar yang lebih bersahaja. Jurugambar yang ceria akan menghasilkan gambar potret subjek yang ceria.
- Untuk memastikan komunikasi yang baik, kenalilah subjek anda dengan sebaiknya. Datang awal ke majlis dan berbual dulu dengan pengantin agar anda saling mengenali. Lebih baik kalau anda dapat jumpa subjek anda sebelum majlis perkahwinannya.
Itu saja tips ringkas yang dapat saya berikan. Kalau ada masa, saya akan tulis lebih terperinci dalam blog ini nanti. Atau, kalau ada kesempatan, anda boleh menghadiri Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan yang akan saya adakan. Harap jawapan saya dapat membantu.
Hasnuddin
September 21st, 2007
Apa khabar semua? Rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada yang beragama Islam.
Baru-baru ni saya sempat berjalan-jalan ke Hong Kong selama 5 hari. Ada jugak cadangan nak beli barang fotografi di sana. Saya ada buat research dalam internet pasal barang-barang kamera di Hong Kong sebagai persediaan supaya tak tertipu. Ada orang kata, barang kamera di Hong Kong lebih murah. Betul ke?
Tapi, setelah saya tengok-tengok, secara keseluruhannya, harga barang-barang kamera kat sana tak banyak bezanya dengan di Malaysia. Dengan mengambil kira masalah warranty dan tambang ke sana, lebih baik beli saja di Malaysia. Rasa saya, mungkin jugak barang-barang kamera tu diaorang dapat dengan harga yang lebih murah, tapi memandangkan harga sewa kedai di sana yang teramat tinggi, maka harga barang tak dapat dijual dengan harga murah jugak…

Kedai used camera di Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Ni baru satu bahagian dari kedai tu, ada satu bahagian lagi penuh jugak dengan kamera. Boleh gile dibuatnya….
Satu lagi pilihan yang ada ialah untuk beli barang kamera di Singapura. Kat sana, ada sesetengah barang fotografi yang harganya lebih murah dari di Malaysia. Kalau ada masalah warranty pun tak susah sangat, boleh hantar semula ke Singapura - taklah sejauh Hong Kong! Tapi, yang pasti, harga beg Lowepro memang murah kat sana…sekitar 30% lebih murah dari di Malaysia. Beg ni pun tak ada masalah warranty sangat… sebelum beli, periksa betul2, dah kira selamat. Jarang sangat beg Lowepro nak rosak…

Kalau pegi Singapore jangan lupa beli beg Lowepro 
p/s: Kepada yang menghantar soalan kepada saya tapi masih belum berjawab, harap dapat bersabar ye. Banyak sangat kerja nak kena buat sekarang ni.
Hasnuddin
|
| |
 | |  |
|
|
|