Apa khabar semua?
Dah agak lama saya tak update blog ni. Saya mohon maaf kepada kawan-kawan yang mungkin kecewa bila melawat blog saya yang tidak diupdate. Ini kerana kesibukan kerja dan beberapa hari saya terpaksa lari dari kesibukan kota…
Kali ni saya nak kongsi pengalaman saya merakam gambar underwater. Baru-baru ni saya pergi menyelam scuba di Pulau Bidong dan Pulau Kapas. Saya ni masih baru dalam scuba diving dan masih mentah dalam underwater photography. Tapi, bagi sesiapa yang berminat, bolehlah saya kongsi sedikit sebanyak apa yang telah saya lalui.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai dive site yang terbaik di dunia. Ramai penyelam dari luar negara datang untuk melihat keindahan dunia bawah laut negara kita. Kita beruntung kerana tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan hidupan marin – semuanya ada di Malaysia! (Macam promosi pelancongan la pulak…)
OK, apa kaitannya dengan fotografi? Dunia bawah laut menyediakan peluang luas untuk anda merakam gambar-gambar yang indah dan penuh warna warni. Di bawah ini, saya ingin kongsi beberapa perkara menarik dan penting untuk underwater photography:
1) Anda boleh mulakan merakam gambar underwater (UW) dengan kelengkapan asas kamera digital point and shoot bermula dari harga RM 2,500. Ini adalah harga untuk sebuah kamera compact bersama underwater housing. Anda boleh tambah aksesori lain kemudian seperti wide angle adapter, UW strobe dan sebagainya.
2) Kalau anda ingin guna peralatan pro, kosnya agak tinggi. Untuk kamera D200, UW housing, lens 10.5mm, dome port, 2 strobe dan aksesori lain boleh mencecah RM 20,000!
3) Untuk merakam gambar UW yang baik, anda perlu mahirkan bouyancy skill (skill kawalan apungan dalam air). Ini kerana, dalam air, anda tidak merakam gambar dengan 2 kaki anda jejak ke tanah, tapi, anda perlu merakam gambar secara terapung dalam air dengan posisi menelentang, kaki ke atas dan berbagai-bagai posisi lagi!
4) Flash UW penting digunakan untuk menaikkan warna subjek anda. Sebenarnya, warna ikan atau coral yang kita lihat dalam gambar, tidaklah sebegitu striking colornya jika dilihat dengan mata kasar. Flash yang membantu untuk menaikkan color subjek kita.
5) Hanya 2 jenis lens yang digunakan di bawah air. Lens wide angle/fisheye dan lens macro/micro. Lens telephoto tidak pernah digunakan. Ini kerana anda tidak boleh rakam gambar yang berada jauh dari anda di dalam air. Gambarnya akan jadi kabur.
6) Di dalam air, sesuatu objek akan kelihatan lebih hampir dari yang sepatutnya. Jadi, lensa wide angle di atas darat tidak akan jadi sama wide bila di dalam air. Untuk dapatkan effect wide angle yang sebenar, kita perlu guna lens yang lebih wide di dalam air.
Jadi, kepada yang berminat, jom turun ke bawah laut! Jom kita rakam gambar dan tunjukkan keindahan negara kita!
Hasnuddin

Kamera UW yang saya gunakan - Canon G7 dengan UW housing WP-DC11

Bahagian belakang kamera

Gambar ikan tanpa flash di Pulau Bidong. Ikan2 ni tak takut kat orang…

Gambar Lion Fish di Pulau Kapas. Saya terjumpa 4 ekor ikan ni di Pulau Kapas. Ikan ni nampak garang, tapi pemalu dan lemah lembut sebenarnya! Ini first time saya dapat lihat Lion Fish secara live! Perasaannya sungguh menakjubkan!

Coral dan ikan di Pulau Bidong. Taman Coral di Pulau Bidong sangat luas dan cantik

Clown Fish macam dalam cerita Nemo. ‘Rumah’ dia tu adalah sejenis soft coral bernama anemone - sangat cantik.
Untuk melihat lain-lain gambar underwater saya, sila ke http://www.flickr.com/photos/scubashot