fototeacher.com dalam Akhbar KOSMO!
Rencana mengenai fototeacher.com seperti yang tersiar dalam akhbar KOSMO! baru-baru ini. Artikel penuh seperti berikut:
Belajar Fotografi Dari Profesional
Memang sukar untuk faham perkara teknikal fotografi. Tetapi, kini anda boleh belajar fotografi dengan cara yang mudah dan cepat terus dari profesional sebenar. Cara ini juga boleh menjimatkan masa dan wang anda.
fototeacher.com adalah sebuah pusat pembelajaran fotografi dimana tenaga pengajarnya adalah dari golongan jurugambar profesional dalam bidang masing-masing. Dengan pengalaman sebenar dalam kerjaya sebagai jurugambar, tenaga pengajar ini dapat menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk memahami fotografi. Mereka juga dapat membimbing pelajar untuk mendapatkan peluang kerja yang sebenar dalam bidang fotografi.
fototeacher.com diterajui oleh Hasnuddin Abu Samah, berkelulusan Diploma Fotografi dari UiTM dan berpengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam bidang fotografi. Beliau kini menjalankan perniagaan fotografinya sendiri berpejabat di Cheras. Selain dari menjadi tenaga pengajar utama, beliau juga dibantu oleh beberapa orang jurugambar profesional lain sebagai tenaga pengajar. Antaranya ialah Bustamam Mokhtar (jurugambar fesyen dari White Studio), Shamshahrin Shamsudin (jurugambar kewartawanan dari agensi berita antarabangsa – AP) dan Mohd. Nasir Roli (jurugambar editorial dari Berita Publishing)
Sebagai peserta program fototeacher.com, anda akan turut mendapat khidmat bimbingan yang berterusan menerusi media blog yang disediakan. Anda boleh bertanya masalah yang berkaitan fotografi dan akan dijawab dan dibincangkan dalam blog fototeacher.com.
Walaupun baru ditubuhkan, fototeacher.com mendapat sambutan yang baik dari peminat yang dahagakan ilmu fotografi. Setakat ini sebanyak 6 program telah dianjurkan dengan jayanya dan banyak lagi program baru akan diperkenalkan.
fototeacher.com juga banyak menggunakan media internet dalam aktivitinya seperti maklumat terkini di laman web, pendaftaran kursus secara online, pembayaran online dan perkongsian ilmu menggunakan blog. Ini bagi mewujudkan komunikasi yang lebih mudah dan berkesan.
Antara program yang akan dianjurkan adalah Kursus Asas Fotografi Digital, Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan, Fotografi Fesyen, Fotografi Kewartawanan dan Lanjutan Asas Fotografi (Praktikal). Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program yang akan datang, anda boleh melanggan newsletter percuma di www.fototeacher.com. Dengan ini, anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya terdapat sebarang program baru yang akan dianjurkan. Untuk pertanyaan, anda juga boleh hubungi Cik Nieza di 03-91017144 / 03-91017155.



