fototeacher.com


Bengkel Lanjutan Fotografi

BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI (BLF)


Bengkel intensif 3 hari 2 malam ini padat dengan sesi praktikal dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Aspek seni dan teknik fotografi akan diberikan penekanan dalam penghasilan foto yang berkualiti. Semestinya program ini akan memperlengkapkan anda ke arah menjadi seorang jurufoto yang kreatif samada sebagai hobi atau kerjaya.

MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program Bengkel Lanjutan Fotografi
Kod program BLF
Jurulatih Hasnuddin Abu Samah / Kaharuddin Samad / Affandi Abd. Hamid (Bergantung kepada kelapangan masa jurulatih) KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH
Durasi 3 hari 2 malam
Masa 9.00 pagi - 10.00 malam
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 20 orang sahaja
Nisbah jurulatih dengan peserta 1:7 (seorang jurulatih bagi setiap 7 orang peserta)
Syarat penyertaan

Mestilah telah menghadiri Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM atau telah mempunyai asas teknikal fotografi yang kukuh. Untuk memastikan anda telah mempunyai kefahaman asas fotografi, sila jawab soalan penilaian DI SINI

Untuk mendapat hasil yang optima dari program BLF ini, anda juga seeloknya mempunyai kemahiran penggunaan flash dan mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop

Siapa patut hadir Individu yang ingin memiliki kemahiran fotografi dari aspek kreativiti, teknik dan seni samada sebagai hobi atau kerjaya
Persediaan sebelum hadir program
1) Ulangkaji pengetahuan asas teknikal fotografi
2) Senaraikan 10 masalah/soalan/kelemahan anda dalam menghasilkan foto yang kreatif/menarik dan nyatakan semasa hadir bengkel
3) Bawa bersama 10 keping gambar terbaik anda dalam berbagai kategori. Sila burn gambar ini di dalam CD/DVD. Gambar ini akan digunakan untuk menilai tahap kemahiran peserta. Peserta akan dibimbing agar menampakkan kemajuan berbanding kemahiran sedia ada
Peralatan yang perlu dibawa
1) Kamera DSLR dan buku manual kamera anda
2) Kit lens atau sebarang jenis lensa
3) Laptop dengan perisian Adobe Photoshop dan memory card reader
Peralatan tambahan yang perlu dibawa (jika ada)
1) Flash dan buku manual flash
2) Lensa telephoto
2) Tripod
3) Reflector
3) Lain-lain peralatan fotografi yang anda miliki

Peralatan seperti reflector, flash dan tripod akan banyak digunakan di dalam bengkel ini. Jika anda belum memilikinya, anda boleh beli peralatan ini dari kami dengan harga diskaun. Sila hubungi 03-91017155 untuk pertanyaan.
Objektif Untuk memberi kefahaman dan kemahiran dalam penghasilan foto yang berkualiti dari segi kreativiti, teknik dan seni. Pada akhir bengkel ini, jurulatih kami akan memastikan ada kemajuan dalam kemahiran fotografi anda.


KANDUNGAN PROGRAM
1

SENI DALAM FOTOGRAFI
Anda akan diajar mengenai aspek seni dalam fotografi seperti komposisi, sudut penggambaran, foreground & background, elemen grafik dalam foto, teknik cropping, mood, kesan pencahayaan, komunikasi visual dan sebagainya

2 TEKNIK FOTOGRAFI KREATIF
Pelajari berbagai teknik dalam menghasilkan foto yang menarik seperti aplikasi depth-of-field, penggunaan shutter speed yang kreatif, teknik penggunaan lensa, teknik mengawal cahaya, kawalan exposure yang kreatif, cara penyelesaian masalah teknikal dan berbagai tips yang praktikal untuk anda.
3 MENCARI DAN MEMPERKEMBANGKAN IDEA
Anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan foto yang menarik. Anda akan dibantu untuk mendapatkan idea yang kreatif sebelum merakam sesuatu foto. Idea anda juga akan diberi komen dan diperbaiki melalui sketch yang dibuat.
4 PROJEK RAKAMAN FOTO STILL LIFE
Di dalam projek ini, anda dikehendaki untuk merakam foto subjek still life sebagai asas untuk menguji dan melatih kemahiran anda dalam pemilihan subjek, komposisi dan pencahayaan.
5 PROJEK RAKAMAN FOTO POTRET
Dalam rakaman potret, anda akan belajar asas penting mengenai posing, peranan warna & tona dalam fotografi, konsep gambar, mesej foto, komunikasi dengan subjek, pencahayaan, moment dan mood.
6 PROJEK RAKAMAN FOTO SCENE
Dalam rakaman scene, komposisi adalah lebih mencabar untuk 'menyusun' berbagai elemen di dalam foto anda. Di dalam projek ini, anda juga akan dilatih untuk menguasai teknik lain seperti pencahayaan, elemen grafik dalam foto, sudut penggambaran, mengawal foreground & background, aplikasi depth-of-field dan sebagainya
7 PANDUAN POST PRODUCTION (EDITING)
Selepas rakaman foto untuk setiap projek, anda akan dibimbing oleh jurulatih untuk memilih gambar terbaik dan teknik cropping yang betul. Anda juga akan ditunjukkan cara untuk mencantikkan foto menggunakan perisian Adobe Photoshop. Selepas foto untuk setiap projek dipilih dan dicantikkan (enhanced), foto ini akan dipertontonkan di dalam satu sesi untuk dinilai oleh jurulatih.
8 SESI PENILAIAN FOTO
Untuk setiap projek rakaman foto, semua peserta perlu mempersembahkan foto yang dirakam untuk dinilai oleh jurulatih. Jurulatih akan menjelaskan kekuatan dan kelemahan foto berkenaan. Jurulatih juga akan menunjukkan teknik bersesuaian untuk memperbaiki foto tersebut. Selepas sesi ini, peserta akan memperbaiki foto yang dirakam dengan membuat rakaman semula. Jurulatih akan memastikan ada peningkatan kualiti foto yang dihasilkan oleh setiap peserta.
9 SESI SOAL JAWAB
Di sepanjang bengkel ini akan terdapat beberapa sesi soal jawab bagi menyelesaikan masalah peserta dalam menghasilkan foto yang berkualiti. Peserta bebas bertanya apa saja soalan berkaitan fotografi.
10 SESI DEMONSTRASI TEKNIK OLEH JURULATIH
Dalam setiap subjek, jurulatih akan membuat demonstrasi tentang cara merakam foto dengan teknik yang betul untuk berbagai situasi yang berbeza. Para peserta boleh melihat dan belajar dengan berkesan melalui sesi ini.
11 PENGGUNAAN AKSESORI FOTOGRAFI YANG DISEDIAKAN
FOTOTEACHER akan menyediakan berbagai aksesori fotografi untuk dicuba dan digunakan oleh peserta di sepanjang bengkel ini. Antara aksesori yang disediakan adalah reflector, diffuser, soft box, umbrella, studio lighting, tungsten lighting, filter, snoot, hotshoe flash, beauty dish, tripod, light stand, Lens Baby dan lain-lain. Namun, peralatan yang disediakan adalah terhad. Peserta digalakkan untuk menggunakan peralatan aksesori sendiri untuk bekerja dengan lebih cepat kerana tidak perlu berkongsi dengan peserta lain.
12 PENGHASILAN PORTFOLIO
Portfolio atau 'karya terbaik' adalah amat penting bagi seseorang jurufoto. Portfolio inilah yang akan dinilai untuk mengetahui tahap kemahiran seseorang jurufoto. Di dalam bengkel ini, anda akan dibantu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 3 portfolio anda sendiri. Portfolio ini boleh anda gunakan untuk menunjukkan tahap anda sebagai seorang jurufoto. Anda boleh gunakannya untuk pertandingan fotografi, gunakan di dalam laman web anda atau untuk ditunjukkan kepada pelanggan anda.
NOTA:
Teknik penggunaan perisian Adobe Photoshop dan teknik pencahayaan flash hanya akan ditunjukkan secara ringkas sahaja kerana penekanan akan lebih diberikan kepada penghasilan foto secara kreatif, bukan penekanan kepada perkara teknikal.

Untuk mempelajari cara penggunaan Adobe Photoshop dan teknik penggunaan flash secara terperinci anda boleh hadir ke program ini:
BENGKEL ASAS PHOTOSHOP (BAP)
BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF)


Di dalam bengkel ini, peserta akan banyak belajar secara praktikal dimana proses rakaman foto akan dibimbing dan diberi panduan oleh fasilitator. Foto akan diperbaiki peringkat demi peringkat sehinggalah mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Di bawah ini adalah salah satu contoh perkembangan foto yang dimaksudkan:langkah merakam foto still life

PROGRAM LEPAS
Antara foto dari Bengkel Lanjutan Fotografi yang telah diadakan sebelum ini:

blf
Foto terbaik bagi kategori potret dan still life hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi



blf
Foto terbaik kategori scene dan aksi hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi



blf
Hasil karya peserta secara berkumpulan untuk pembelajaran pencahayaan kreatif dengan bimbingan dari jurulatih semasa Bengkel Lanjutan Fotografi



blf
Antara sesi pembelajaran dan latihan praktikal di dalam dan di luar kelas



blf
Karya foto peserta menunjukkan kemajuan dibandingkan dengan foto semasa awal program dan foto semasa akhir program

GAMBAR PESERTA PROGRAM BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI (BLF)
YANG TELAH DIADAKAN SEBELUM INI


group photo blf 2009

group photo blf 2010

blfs 2010

UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK FOTO SEMASA PROGRAM LEPAS,
SILA KLIK DI SINI

 

ATURCARA PROGRAM
HARI PERTAMA
SESI 1
9.00 pg

  • Suai kenal dan taklimat bengkel
  • Sesi rakaman foto oleh peserta bagi menilai tahap kemahiran dalam fotografi
  • Pemilihan foto
SESI 2
11.00 pg
  • Check-in ke bilik penginapan
  • Teori dan demo rakaman foto still life
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
  • Peserta merakam foto still life (1)
SESI 3
2.00 ptg
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 4
4.00 ptg
  • Peserta merakam foto still life (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
SESI 5
8.00 mlm
Program tamat pada jam 10.00 mlm
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Teori dan demonstrasi teknik
  • Sesi soal jawab
HARI KEDUA
SESI 1
9.00 pg
  • Teori dan demo rakaman foto potret
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
  • Peserta merakam foto potret (1)
SESI 2
11.00 pg
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 3
2.00 ptg
  • Peserta merakam foto potret (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
SESI 4
4.00 ptg
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Teori dan demonstrasi teknik
  • Sesi soal jawab
SESI 5
8.00 mlm
Program tamat pada jam 10.00 mlm
  • Teori dan demo rakaman foto scene
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
HARI KETIGA
SESI 1
9.00 pg
  • Peserta merakam foto scene (1)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 2
11.00 pg
  • Peserta merakam foto scene (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
  • Check-out dari bilik penginapan
SESI 3
2.00 ptg
  • Panduan merakam foto untuk projek akhir
  • Peserta merakam foto untuk projek akhir
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 4
4.00 ptg
Program tamat pada jam 6.00 ptg
  • Perbandingan gambar sebelum dan selepas menghadiri bengkel
  • Rumusan
  • Sesi soal jawab
  • Pemberian sijil penyertaan
  • Bergambar kumpulan


NILAI UNTUK WANG ANDA
1 Demo akan diadakan selepas setiap tajuk yang diajar, untuk kefahaman yang lebih baik.
2 Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan bagi memudahkan pemahaman.
3 Setiap kumpulan yang terdiri dari 7 orang akan dibimbing secara rapat oleh seorang fasilitator.
4 6 sesi soal jawab dan perbincangan akan diadakan di sepanjang program ini. Selain dari itu, anda boleh bertanya apa juga soalan pada bila-bila masa kepada fasilitator.
5 7 sesi latihan praktikal (projek rakaman berbagai tema) akan diadakan untuk memastikan peserta benar-benar dapat menguasai pelajaran yang disampaikan.
6 6 sesi kritik akan diadakan bagi memastikan foto anda mencapai tahap terbaik yang dikehendaki. Jurulatih akan menyelesaikan masalah fotografi anda dan menunjukkan cara untuk anda perbaiki kualiti foto yang dirakam.
7 Bengkel yang diadakan di hotel luar bandar berdekatan dengan pantai dapat membantu anda memberi tumpuan penuh kepada program yang diadakan dan dalam masa yang sama boleh menjadi pemangkin untuk anda menghasilkan karya kreatif
8 Dengan menginap di hotel, masa anda akan diluangkan secara maksima untuk pembelajaran fotografi samada semasa di dalam kelas, semasa praktikal, semasa waktu makan, mahupun semasa bersantai. Pembelajaran dan perkongsian idea dapat dijalankan sepanjang masa, baik dengan rakan atau dengan jurulatih.
9 Masa 3 hari yang diluangkan untuk sama-sama belajar dan merakam gambar akan membolehkan anda mendapat rakan-rakan baru dan membuat networking yang sememangnya amat penting dalam fotografi. Anda boleh teruskan aktiviti anda dalam fotografi dengan rakan-rakan baru anda selepas bengkel ini nanti
10 Komitmen kami untuk memastikan ada kemajuan dalam foto yang anda hasilkan. Foto anda selepas tamat bengkel akan dibandingkan dengan foto anda sebelum menghadiri bengkel. Kami akan pastikan foto anda akan jadi lebih kreatif dan lebih berkualiti.
11 Makan minum disediakan di sepanjang program ini dari pagi hingga malam.
12 Nota pelajaran akan diberikan kepada setiap peserta.
13 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.
PERCUMA DENGAN SETIAP PENDAFTARAN:

PERCUMA - SEHELAI T-SHIRT fototeacher.com


logo blf



YURAN PENYERTAAN
HARGA BIASA
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
RM2,000.00 seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula
RM1,600.00 seorang
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun.
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM1,400.00 seorang
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini
DISKAUN KHAS UNTUK INDIVIDU YANG PERNAH MENGHADIRI LEBIH DARI 2 PROGRAM FOTOTEACHER SEBELUM INI YANG TELAH MEMBAYAR JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM BERNILAI LEBIH DARI RM1,500.00. HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA INI.
MAKLUMAT PENTING:
  • Harga termasuk penginapan (1 bilik untuk 3 orang) untuk 3 hari 2 malam.
  • Untuk peserta yang ingin check-in lebih awal iaitu sehari sebelum tarikh kursus, anda boleh berbuat demikian dengan sedikit bayaran tambahan untuk bilik penginapan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya anda tidak ingin bermalam di hotel, harga yang dikenakan adalah tetap sama.
  • Anda boleh membawa rakan atau keluarga anda untuk menginap di hotel bersama anda. Anda perlu buat bayaran tambahan untuk kos penginapan tambahan ini. Namun ini tertakluk kepada kekosongan bilik hotel. Sila hubungi kami di 03-91017155 untuk maklumat lanjut.
  • Makanan dan minuman disediakan di sepanjang program ini 6 kali sehari dari awal pagi hingga lewat malam.
  • Pengangkutan ke dan dari hotel tidak disediakan.


visa dan mastercard diterima
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.



PENTING
Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat.
Kami juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com