| PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG! |
|
2-3 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad) |

KURSUS
ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD)
Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital.
Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar
seperti yang anda kehendaki.
| TERBARU! |
| -
Sukatan pelajaran telah dikemaskini dan diperbaharui |
| -
Masa kursus telah dipanjangkan kepada 2 hari penuh |
| -
Percuma T-shirt fototeacher untuk setiap peserta |
MAKLUMAT
TERPERINCI KURSUS
| Program |
Kursus
Asas Fotografi Digital |
| Penceramah Utama |
Hasnuddin Abu
Samah / Kaharuddin Samad |
| Durasi |
2
hari |
| Tempat |
No.
1-1, Blok C, Phoenix Business Centre,
Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 15 orang sahaja |
| Syarat
penyertaan |
Untuk
peserta yang belum mempunyai asas fotografi sahaja |
| Peralatan
yang perlu dibawa |
Set
kamera digital SLR (jika ada) |
| Objektif |
Untuk
memberikan kefahaman teknikal yang kukuh kepada setiap peserta mengenai
asas fotografi digital. |
Kami juga
boleh mengadakan kursus di tempat anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
BIODATA PENCERAMAH UTAMA
| Nama |
Hasnuddin
Abu Samah |
| Kelulusan |
Diploma Fotografi
UiTM
Majoring - Advertising Photography
Minoring - Fine Art Photography |
|

Foto oleh Abe - www.adan.biz
Hasnuddin mula bergiat dalam fotografi sejak dari usia 10 tahun
lagi. Selepas mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi
di UiTM pada tahun 1993, beliau terus berguru dari beberapa orang
jurugambar profesional dari berbagai bidang fotografi. Pengalaman
bekerja di syarikat penerbitan dan stesen TV telah menjadikan
beliau lebih versatile dalam bidang ini.
Di kalangan rakan-rakan jurugambar, Hasnuddin dikenali sebagai
seorang yang amat memahami teori asas fotografi dan berkebolehan
memberikan kefahaman yang jelas terhadap perkara teknikal yang
mengelirukan.
Pada tahun 2002, beliau menubuhkan Adan Impresif, sebuah syarikat
yang memberikan khidmat eksklusif fotografi dan videografi khusus
untuk majlis perkahwinan. Adan Impresif merupakan salah sebuah
syarikat perintis di Malaysia dalam bidang fotografi perkahwinan
dan menjadi antara pencetus perkembangan industri foto kahwin
di Malaysia.
Hasnuddin juga merupakan antara jurugambar rasmi untuk majlis
perkahwinan Siti Nurhaliza dan ramai tokoh-tokoh koprat yang menginginkan
kualiti gambar yang terbaik. Malah, beliau juga pernah memberikan
khidmat fotografi di luar negara kepada pelanggan antarabangsa.
Hasil karya beliau juga pernah tersiar dalam berbagai media di
dalam dan luar negara seperti City Wedding Tokyo, Bridal Gallery,
Bridal Guide, Malaysia Tatler, The Sun, Kosmo!, Berita Harian,
Harian Metro, Pesona Pengantin, Majalah Perempuan, Diva, Harmoni
dan lain-lain lagi.
Selain dari karya fotografi, karya penulisan Hasnuddin juga pernah
disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin, Kosmo! dan majalah Perempuan.
Hasnuddin telah berpengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai
profesional dalam bidang fotografi.
Untuk melihat hasil kerja Hasnuddin, sila klik link di bawah http://www.adan.biz/hasnuddinsportfolio/
Selain dari Hasnuddin selaku pengajar utama, program ini juga
akan disampaikan oleh Kaharuddin Samad (Ketua Jurugambar, Berita Publishing) dan lain-lain tenaga pengajar bergantung kepada
kelapangan tarikh masing-masing.
|
ANTARA
SUBJEK DALAM KURSUS
| 1 |
PENGENALAN
FOTOGRAFI
Sedikit sejarah ringkas fotografi dari zaman analog hingga ke
era digital. Fahami perbezaan, kebaikan dan kelemahan teknologi
yang berbeza. Ketahui rahsia amalan jurugambar era filem yang lebih
memfokus kepada kemahiran dan seni, bukannya teknologi semata-mata.
Pelajari juga etika dan sikap yang betul tentang penggunaan kamera
dalam fotografi. |
| 2 |
KAWALAN
ASAS KAMERA
Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian
yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan
imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti
RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera
seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR |
| 3 |
APERTURE
Teori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture
yang berlainan serta kesannya kepada depth-of-field. |
| 4 |
SHUTTER
Teori shutter speed, shutter stop, pergerakan
vs shutter, teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan focal
length dengan shutter speed. |
| 5 |
ISO
Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO
serta kaitan ISO dengan exposure. Fahami hubungan antara
picture noise, exposure dan image contrast. |
| 6 |
FOCAL
LENGTH
Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view,
perspektif, depth serta ciri-ciri berbeza untuk setiap focal
length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi
yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik.
Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan. |
| 7 |
FOCUSING
TECHNIQUES
Memahami kawalan Manual dan Auto Focus serta
caranya berfungsi. Fungsi kawalan Single dan Continuous
AF. Pelajari teknik pantas pre-focus dan mengagak jarak
serta kaitannya dengan depth-of-field. |
| 8 |
DEPTH
OF FIELD
Medan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal
length dan focusing distance. Teknik mendapatkan shallow
atau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-field
dalam penghasilan gambar. |
| 9 |
FILTER
& CAMERA ACCESSORIES
Mengenali berbagai filter dan fungsinya. Polarizer,
Neutral Density, Star dan lain-lain filter. Pelajari
juga pelbagai kegunaan gadget penting seperti super clamp,
tripod, bounce card, reflector, TTL cord, reversing ring dan
sebagainya. |
| 10 |
COLOUR
TEMPERATURE
Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali
pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai
jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan
white balance yang sempurna. |
| 11 |
JENIS
DAN KARAKTER CAHAYA
Fahami sifat asas cahaya melalui teori inverse square law, pantulan
cahaya dan sumber cahaya. Ketahui teknik untuk mendapatkan sumber
cahaya yang betul untuk subjek yang tertentu. Kenali sifat natural
light, artificial continuous light dan flash light. |
| 12 |
EXPOSURE
METER
Fahami sifat dan fungsi built-in exposure meter serta kaitannya
terhadap highlight, shadow, incident dan reflected light.
Teknik alternatif kepada exposure meter dengan cara menganalisis
cahaya menggunakan deria mata, LCD preview dan histogram. |
| 13 |
METERING
PATTERN
Fahami spot meter, centre weighted dan matrix/evaluative metering
untuk mendapatkan exposure yang tepat setiap masa. |
| 14 |
EXPOSURE
MODE
Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture
value, shutter priority/time value, program dan sebagainya.
Fahami kaitan setiap exposure mode dengan metering pattern,
exposure compensation, flash compensation serta auto
exposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai kemahiran penggunaan manual exposure mode untuk hasil yang cepat dan tepat. |
| 15 |
MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE
Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture,
shutter, ISO, exposure meter, metering pattern dan exposure
mode untuk mendapatkan kualiti exposure terbaik. Pelajari
juga bagaimana mengenalpasti perfect exposure dan cara mudah
untuk mendapatkannya. |
| Dengan
peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi
dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain
yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek
yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan
seperti di atas semata-mata. |
TESTIMONI
Berikut
adalah antara testimoni dari para peserta yang telah mengikuti program
ini:
TESTIMONI DARI PESERTA PROGRAM PERTAMA:
"Selama ini saya menggunakan DSLR dengan setting auto
sepanjang masa. Kursus ini memberi pengetahuan bernilai tentang
terma-terma dalam fotografi digital. Selepas ini saya boleh menggunakan
DSLR saya seoptima mungkin agar pelaburan lebih mendatangkan hasil
yang diimpikan."
- Azman Yaacob, Penang
"Penceramah
berjaya memberi pengetahuan kepada saya tentang cara penggunaan
kamera dengan baik. Pengetahuan dan pengalaman beliau banyak membantu
saya untuk memahami fotografi."
- Mashardi Dzainuddin
"Secara
keseluruhannya penceramah tidak lokek dengan ilmu yang beliau
ada dan beliau cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin
berserta dengan demo. Banyak perkara dan ilmu yang dapat dikongsi
melalui program ini."
- Hazrina Ashaari
"Hasnuddin
seorang jurugambar yang tidak lokek ilmu. Walaupun hanya kursus
asas, namun setiap soalan yang berkaitan advance level
juga dijawab dan diterangkan secara detail."
- Masuzilani
"Pengalaman
Cikgu Hasnuddin yang luas membantu memberi penerangan ke atas
setiap pemasalahan saya di dalam bidang ini. Kesudiannya berkongsi
pengalaman memudahkan saya memahami bidang ini dengan lebih mendalam."
- Mohamad Jasuni b. Mat Nayan.
"Kursus
fotografi ini telah memberikan banyak maklumat yang susah untuk
kita dapat dengan hanya membaca buku."
- Muhammad Zulpadhli.
"Saya
begitu bangga dan bertuah kerana mengikuti kursus ini yang tenaga
pengajarnya berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang
fotografi; secara tidak langsung memberi keyakinan lagi kepada
diri saya."
- Azam Yahya

Gambar
oleh - http://jasniee.fotopages.com
TESTIMONI
DARI PESERTA PROGRAM KEDUA:
"Education yang diberi sangat
berguna dan jelas. Setiap soalan dijawab dengan jelas sehingga
faham. Sangat, sangat bagus! Sangat sangat gembira! Dan rasa lebih
yakin nak ambil gambar."
- Nadia Bahari
"Kursus AFD ini amat bagus
dan padat untuk peserta yang meminati photography. Amat sesuai
mempelajari asas photography."
- Mohd.
Noorizam Sabran
"Penyampaian penceramah cukup
menarik. Dimana penceramah memberi teori berserta praktikal yang
banyak membantu saya, tq."
- Jamal
"Kursus AFD amat berguna bagi
memberi kefahaman asas fotografi di samping membantu meningkatkan
teknik dan mutu dalam penghasilan sesuatu imej."
- Ahmad
b. Miskon
"Banyak yang saya dapat pelajari.
Sebelum ini guna program je kat kamera tak tahu basic langsung.
Alhamdulillah kini saya faham function pada kamera dan rasa confident
untuk shoot di big event yang company hantar."
- Hazwah Ihtisyam Md. Talip
"Program (kursus) ini amat
memuaskan. Banyak yang saya pelajari. Dan yang paling memuaskan
saya kini tahu sebab sesuatu kelemahan gambar yang saya ambil
& teknik-teknik memperbaikinya. Syabas En. Hasnuddin Abu Samah."
- Syariza
Bt. Mohd. Azidin
"Saya berterima kasih pada
Hasnuddin yang telah bagi saya lebih detail ilmu kaitan fotografi.
Tak sangka rupanya banyak elemen-elemen yang masih tak tahu. Kalau
ada kursus lain, sila inform."
- Mohd.
Razif Yaacob
"Kursus ini menyelesaikan
masalah saya dalam bacaan cahaya, fundamental bagi exposure (capture
+ shutterspeed + ISO) dan persediaan untuk menjadi seorang ‘TRUE
PHOTOGRAPHER’. Tahniah."
- Redzuan @ Leonard b. Abdullah
"Memberi pengetahuan yang
lebih mendalam dalam bidang fotografi. Tahniah kepada penceramah."
- Mohd.
Rahmat b. Abd. Hamid
"Menarik. Kemudahan yang lengkap."
- Faizul
"Sangat puas hati. Sesuai
untuk amatur yang baru nak menjelajahi bidang ini. Terima kasih
adan kerana membuka laluan masa depan saya."
- Mohamad
Isa b. Razhali (Momento Studio)
"Penceramah menyampaikan ilmu
dengan sangat baik dan berkongsi pengalaman terutama dalam teknik
& kemahiran fotografi. Saya sangat berpuas hati dengan kursus
yang dianjurkan dan akan menyertai mana-mana kursus yang dianjurkan
oleh fototeacher.com selepas ini. Terima kasih."
- Mohamed Razalaigh b. Ahyat Ramli
Untuk melihat gambar besar atau muat turun gambar di atas, sila
klik di
sini
Untuk membaca testimoni dan melihat gambar kursus-kursus yang terbaru, sila ke - http://www.fototeacher.com/blog
|
|
Senarai
Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta yang telah menghantar peserta
ke kursus ini / menjemput kami menganjurkan kursus di tempat mereka:
01) Tourism Malaysia
02) Universiti Putra Malaysia
03) Telekom Malaysia Berhad
04) Keretapi Tanah Melayu Berhad
05) Majlis Perbandaran Klang
06) International Islamic University Malaysia
07) SME Bank
08) Jabatan Audit Negara
09) Istana Kelantan
10) NAHRIM
11) Dawama Sdn Bhd
12) Korsortium ABASS Sdn Bhd
13) Perpustakaan Negara
14) Jabatan Perdana Menteri
15) Jabatan Alam Sekitar
16) Lembaga Pelabuhan Bintulu
17) Tenaga Nasional Berhad
18) Petronas Carigali
|
NILAI UNTUK WANG ANDA
| 1 |
Jumlah
peserta yang kecil, membolehkan penceramah memberikan tumpuan yang
lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan |
| 2 |
Anda
berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada
setiap bahagian pelajaran |
| 3 |
Alat
bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan |
| 4 |
Demo
akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik |
| 5 |
Nota
kursus akan diberikan kepada setiap peserta |
| 6 |
Ujian
kefahaman akan diadakan pada akhir setiap bahagian |
| 7 |
Perbincangan
terperinci kepada setiap soalan ujian bagi memastikan setiap peserta
benar-benar memahami setiap subjek yang diajar |
| 8 |
Sijil
penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta |
| 9 |
Jamuan
ringan setiap 2 jam |
|
PERCUMA
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN: |
|
PERCUMA
- SEHELAI T-SHIRT fototeacher.com |
YURAN PENYERTAAN
Harga
pendaftaran melalui syarikat atau jabatan kerajaan
(Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari selepas menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat)
|
RM 1,000.00
seorang |
Harga
biasa individu
(Buat bayaran penuh sebelum hadir kursus) |
RM
800.00 seorang |
Harga
diskaun kumpulan
(Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan - 2 orang atau lebih dalam
satu kumpulan) |
RM
750 seorang |
PENTING:
1) Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan penyertaan anda kurang dari 30 hari dari tarikh bengkel diadakan. Namun, anda boleh gantikan tempat anda dengan individu lain.
2)
Untuk peserta yang tidak dapat hadir di atas sebab kecemasan (dengan bukti), wang anda juga tidak akan dikembalikan, namun anda dibenarkan untuk hadir ke program lain yang sama nilai harga penyertaan dengan bengkel ini.
TARIKH PROGRAM SETERUSNYA:
2-3 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
|
DAFTAR
SEKARANG!
TIDAK DAPAT HADIR PADA TARIKH DI ATAS?
LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com
Kami akan mengadakan program yang sama pada masa akan datang. Sila langgan newsletter percuma dari kami. Kami akan maklumkan kepada anda melalui e-mel sekiranya ada program baru yang akan diadakan. Untuk melanggan newsletter kami, sila klik di sini.
MESEJ
DARI HASNUDDIN
Kecanggihan
teknologi digital dan kebijaksanaan kamera ketika ini dicipta
sekadar untuk memudahkan kerja jurugambar. Tetapi, tanpa pengetahuan
asas fotografi yang kukuh, seseorang jurugambar tidak akan dapat
menghasilkan gambar seperti yang diinginkan. Walau secanggih mana
sekalipun kamera anda, anda sepatutnya boleh mengawal kamera anda,
bukan kamera yang mengawal anda!
Dengan pengalaman kami sebagai jurugambar profesional, kami akan
mengajar subjek-subjek asas fotografi yang benar-benar penting
dan praktikal dalam situasi fotografi terkini. Dengan modul yang
ringkas dan padat, anda dapat menjimatkan masa dan wang anda.
Sekiranya anda mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli
kamera digital anda, anda patut membelanjakan beberapa ratus ringgit
sahaja lagi untuk mendapatkan ilmu asas fotografi yang dapat anda
gunakan di sepanjang hidup anda.
Hadiri kursus ini, jangan biarkan kebuntuan teknikal menjadi penghalang
untuk anda merealisasikan imaginasi anda!
Jumpa anda nanti!
Hasnuddin
Abu Samah,
Penceramah Utama,
Kursus Asas Fotografi Digital,
fototeacher.com
|
DAFTAR
SEKARANG!
PENTING
Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.
|