SOALAN PENILAIAN KEFAHAMAN MENGENAI PORTABLE FLASH
1)
Adakah anda telah memahami asas mengenai penggunaan flash dengan sebenarnya? Sila jawab soalan di bawah ini bagi mengetahui tahap kefahaman anda
2)
Sila jawab 15 soalan yang disediakan dan tulis jawapan anda samada a,b,c atau d di atas sekeping kertas.
3)
Setelah semua soalan dijawab, sila klik pautan di bawah laman ini untuk melihat jawapan yang betul.
4)
Sekiranya anda mendapat jawapan salah lebih dari 3, anda digalakkan untuk menghadiri BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF) anjuran FOTOTEACHER bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran anda tentang penggunaan flash
5)
Untuk menghadiri BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF), SILA KLIK DI SINI


SILA JAWAB 15 SOALAN BERIKUT DALAM MASA 10 MINIT:
     
1)
11)
Kenyataan manakah diantara berikut adalah SALAH mengenai sifat cahaya
 
a)
Semakin jauh cahaya dipancarkan, ianya menjadi semakin kurang cerah pada jarak yang jauh
 
b)
Semakin laju cahaya bergerak, shutter speed yang lebih laju mesti digunakan
 
c)
Semakin jauh cahaya dipancarkan, sudut liputannya menjadi semakin luas pada jarak yang jauh tersebut
 
d)
Apabila cahaya dipancarkan ke permukaan yang tidak berkilat, cahaya yang dipantulkan semula akan menjadi lebih lembut
 
 
2)
11)
KELEMAHAN bounced flash ialah
 
a)
Kekuatan cahaya akan hilang akibat serapan oleh permukaan dimana cahaya dipantulkan
 
b)
Kita tidak boleh mengawal sudut cahaya yang kena pada subjek
 
c)
Cahaya yang kena pada subjek menjadi lebih lembut
 
d)
Kesan red eye atau mata merah pada subjek akan lebih mudah berlaku
   
3)
11)
Diantara berikut, objek manakah yang boleh membantu menjadikan cahaya flash anda lebih lembut?
 
a)
Segelas air
 
b)
Lensa 50mm dengan kesan bokeh
 
c)
T-shirt putih
 
d)
Aperture besar
   
4)
11)
Apabila merakam foto menggunakan flash, anda dapati cahaya flash tersebut kelihatan berwarna biru di dalam foto. Mengapakah ini terjadi?
 
a)
Anda telah menggunakan tetapan white balance daylight
 
b)
Anda telah menggunakan filter polarizer pada lensa anda
 
c)
Anda telah menggunakan tetapan white balance tungsten
 
d)
Cahaya flash anda tidak cukup kuat
   
5)
11)
Yang mana satukah diantara berikut, berkaitan dengan flash synchronization
 
a)
Saiz sensor kamera anda
 
b)
Cara shutter berfungsi
 
c)
Jarak flash dengan subjek
 
d)
Pengaruh cahaya semulajadi continuous light
   
6)
11)
Pada satu ketika, seorang jurufoto menggunakan teknik direct flash walaupun beliau boleh menggunakan teknik bounced flash. Apakah kemungkinan yang paling munasabah mengapa beliau berbuat demikian?
 
a)
Beliau ingin mengurangkan risiko red eye pada mata subjek
 
b)
Beliau ingin mengurangkan kekuatan bayang di belakang subjek
 
c)
Beliau mempunyai flash yang mempunyai guide number yang besar dan bateri flash yang berkuasa tinggi
 
d)
Beliau ingin merakam banyak foto dalam masa yang singkat
   
7)
11)
Di dalam sebuah bilik yang amat gelap, seorang jurufoto merakam foto seorang budak yang sedang melompat.  Tetapan yang digunakan adalah shutter speed 1/15 saat dan aperture f/5.6 tanpa menggunakan flash. Beliau mendapati tiada sebarang imej terbentuk pada paparan LCD kamera. Dengan tetapan shutter dan aperture yang sama, beliau merakam sekali lagi dengan menggunakan flash dengan tetapan TTL. Diantara berikut, apakah yang mungkin akan berlaku?
 
a)
Foto budak melompat dapat dirakam, tetapi ianya kabur disebabkan shutter speed yang digunakan terlalu perlahan
 
b)
Foto kelihatan terlalu cerah kerana shutter speed yang perlahan telah membuatkan flash mengeluarkan cahaya yang kuat
 
c)
Foto  dapat dirakam dengan baik. Aksi budak melompat dapat dipegunkan (freeze) dengan penggunaan flash walaupun shutter perlahan digunakan
 
d)
Foto masih menjadi sangat gelap kerana tetapan flash compensation dilaraskan pada +3
   
8)
11)
Seorang jurufoto ingin merakam foto dengan shallow depth-of-field menggunakan flash. Shutter speed 1/30 saat dan aperture f/2.8 telah digunakan.  Tetapi, hasil gambar kelihatan terlalu cerah. Diantara berikut, apakah pilihan terbaik yang boleh dilakukan?
 
a)
Gunakan shutter yang lebih perlahan seperti 1/2 saat
 
b)
Gunakan aperture kecil seperti f/22
 
c)
Gunakan kekuatan flash yang lebih rendah seperti 1/64
 
d)
Gunakan f/number yang lebih kecil dari f/2.8
   
9)
11)
Diantara berikut, fakta yang manakah adalah SALAH mengenai kawalan flash secara TTL?
 
a)
TTL adalah kawalan flash yang menggunakan lebih banyak kuasa bateri berbanding kawalan flash secara MANUAL
 
b)
Flash compensation boleh membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh fungsi TTL
 
c)
Dengan menggunakan TTL pada flash, anda tidak boleh menggunakan kawalan MANUAL pada exposure mode
 
d)
TTL bermaksud Through The Lens
   
10)
11)
Seorang jurufoto merakam satu subjek dari jarak 5 meter dengan menggunakan flash secara TTL. Tetapan yang manakah diantara berikut yang paling menjimatkan kuasa bateri flash?
 
a)
Aperture f/4 dan  ISO 1600
 
b)
Aperture f/2.8 dan ISO 200
 
c)
Aperture f/16 dan ISO 100
 
d)
Aperture f/5.6 dan ISO 400
   
11)
11)
Satu subjek dirakam menggunakan flash. Subjek tersebut mendapat kecerahan yang mencukupi. Tetapi latarbelakang yang terletak 15 meter dari subjek kelihatan gelap. Berdasarkan pilihan yang ada di bawah in, apakah cara yang paling sesuai untuk mencerahkan latar belakang?
 
a)
Kuatkan lagi kuasa flash
 
b)
Gunakan shutter yang lebih perlahan
 
c)
Gunakan teknik direct flash
 
d)
Gunakan f/number yang besar
   
12)
11)
Seorang jurufoto merakam satu foto  dari jarak 3 meter menggunakan flash dengan tetapan berikut: ISO 200, Shutter 1/60, Aperture f/5.6 dan Flash power 1/4.  Didapati foto tersebut under exposed sebanyak 2 stop. Diantara berikut, tetapan manakah yang boleh digunakan bagi mendapatkan normal exposure?
 
a)
ISO – 100, Shutter 1/60, Aperture f/5.6 dan Flash power 1/2
 
b)
ISO – 400, Shutter 1/60, Aperture f/22 dan Flash power 1/4 
 
c)
ISO – 1600, Shutter 1/60, Aperture f/5.6 dan Flash power 1/8
 
d)
ISO – 200, Shutter 1/250, Aperture f/22 dan Flash power 1/32
   
13)
11)
Seorang jurufoto merakam satu objek berwarna putih dengan latarbelakang berwarna cerah;  menggunakan flash pada  jarak 3 meter. Diffuser dipasang di depan flash. Tetapan TTL pada flash telah digunakan dengan flash compensation 0.0. Di antara berikut, apakah yang akan terjadi pada imej yang dirakam?
 
a)
Imej yang dirakam akan jadi under exposed
 
b)
Imej yang dirakam akan jadi over exposed
 
c)
Imej yang dirakam akan jadi normal exposed
 
d)
Tiada imej yang dapat dirakam, foto akan kelihatan hitam sahaja
   
14)
11)
Seorang jurufoto merakam foto menggunakan flash dan didapati foto tersebut under exposed sebanyak 1 stop. Beliau membuka aperture yang lebih besar sebanyak 1 stop dan merakam foto sekali lagi. Tetapi, foto yang dihasilkan masih tetap under exposed sebanyak 1 stop. Mengapakah perkara ini terjadi?
 
a)
Tetapan TTL telah digunakan
 
b)
Shutter speed yang digunakan tidak cukup perlahan
 
c)
Tetapan MANUAL flash power telah digunakan pada kuasa rendah seperti 1/8
 
d)
Perkara di atas tidak mungkin berlaku
   
15)
11)
Apabila merakam foto menggunakan flash dengan kawalan kuasa flash secara MANUAL dalam tempat yang sangat gelap, anda dapati foto tersebut under exposed. Apakah cara terbaik yang boleh anda lakukan agar foto tersebut menjadi lebih cerah?
 
a)
Gunakan f/number yang lebih besar
 
b)
Gunakan ISO dengan nombor yang lebih kecil
 
c)
Dekatkan jarak flash dengan subjek
 
d)
Gunakan shutter speed yang perlahan
   

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT JAWAPAN



Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com