PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

SEMINAR FOTOGRAFI - PANDUAN JURUGAMBAR PROFESIONAL PERKAHWINAN (JPP)
Tarikh: 28 Mac 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari




Poster Rasmi Pesta Perkahwinan Putrajaya

SEMINAR FOTOGRAFI - PANDUAN JURUGAMBAR PROFESIONAL PERKAHWINAN (JPP)

Seminar fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.

Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama untuk Seminar Fotografi ini, anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja!


MAKLUMAT TERPERINCI KURSUS

Program Seminar Fotografi - Panduan Jurugambar Profesional Perkahwinan
Kod Program JPP
Penceramah Utama Min (Pretty Peektures)
Durasi Separuh hari
Tempat Bilik Latihan, PICC, Putrajaya
Bahasa perantara Bahasa Melayu dan Inggeris
Siapa patut hadir Untuk jurugambar baru yang berminat untuk menjadi jurugambar perkahwinan dan menjana pendapatan dari bidang ini.
Peralatan yang perlu dibawa Pen dan buku nota untuk catitan. Anda juga digalakkan membawa kamera anda. Selepas program ini, anda boleh merakam gambar berbagai aktiviti menarik di Pesta Perkahwinan Putrajaya


ANTARA TAJUK-TAJUK DALAM BENGKEL

01 Peralatan kamera untuk fotografi perkahwinan
02 Ciri-ciri jurugambar profesional
03 Teknik pemasaran dan penjenamaan
04 Teknik teknik penting fotografi perkahwinan
05 Panduan meletak harga bagi menjamin keuntungan


BIODATA PENCERAMAH UTAMA




Azmin atau Min ialah Pengarah Kreatif Pretty Peektures, salah sebuah studio fotografi perkahwinan terkenal tanahair yang ditubuhkan lewat 2004. Beliau juga merupakan pengasas Click Couture, sebuah kumpulan elit jurugambar perkahwinan profesional tempatan.

Walaupun beliau kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang fotografi perkahwinan, pendidikan tinggi beliau walau bagaimanapun bukanlah di dalam bidang fotografi, tetapi di dalam bidang Rekabentuk Industri dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM.

Minat yang mendalam di dalam bidang seni fotografi perkahwinan menyebabkan beliau menubuhkan Pretty Peektures, studio fotografi yang mempunyai lebih 10 kakitangan serta jurufoto sepenuh masa dan sambilan. Antara selebriti yang pernah mendapatkan khidmat Pretty Peektures ialah Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello, Lah Ahmad (V.E), Dr. Fazley, Noorkhiriah, Aishah Sinclair dan Ashraf Sinclair dan ramai lagi pelanggan di kalangan VIP mahupun VVIP serta kerabat diraja.

Pretty Peektures merupakan pasukan jurugambar rasmi 'Wedding Of The Year Malaysia-Indonesia 2008: Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari' di Jakarta dan Kuala Lumpur.

Untuk melihat hasil karya fotografi Min, sila klik link di bawah
http://www.prettypeektures.com



Lain-lain program fotografi anjuran fototeacher.com:

1) Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)
2) Bengkel Portable Flash (BPF)
3) Bengkel Asas Photoshop (BAP)
4) Kursus Asas Videografi Digital (AVD)
5) Seminar FOTOINSPIRASI (FI)


DAPATKAN NEWSLETTER PERCUMA FOTOTEACHER.COM!
fototeacher.com akan mengadakan banyak lagi program lain dari masa ke semasa. Jika anda ingin diberitahu secara otomatik melalui e-mel tentang maklumat terbaru, sila langgan newsletter percuma kami di - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

YURAN PENYERTAAN

SEMINAR FOTOGRAFI - PANDUAN JURUGAMBAR PROFESIONAL PERKAHWINAN (JPP)
Tarikh: 28 Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Yuran pendaftaran
RM30.00 seorang
Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan jika anda gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun, anda boleh wakilkan rakan lain untuk menggantikan tempat anda.

Klik di sini untuk MENDAFTAR!

PENTING
Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.


Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com